Pemain Kedah buka kelas ngaji al-Quran percuma

ALOR SETAR– Pertahanan kental Kedah Azmeer Yusof membuka kelas ngaji al-Quran secara percuma kepada golongan lelaki di rumahnya, di Tongkang Yard.

Menerusi status di Facebooknya, Azmeer berkata, sebagai permulaan, dia mencari 10 orang terawal untuk mengikuti kelas berkenaan.

“Salam Jumaat, saya nak buka rumah saya ni kepada kaum lelaki bawah 40 tahun yang nak mengaji mahupun belajar mengaji.

“Untuk permulaan ni saya nak mencari dalam 10 orang. Tuan-tuan bawa diri je, quran dan ustaz saya sediakan, in syaa Allah. Paling penting tak perlu bayar apa-apa,”tulisnya, hari ini.

Azmeer menekankan, al-Quran ialah kalam ALLAH dan sebagai umat Islam wajib mempelajarinya.

“Jangan malu, jangan segan. Ni kalam Allah. Kita wajib belajar, kita wajib membaca.

“Atleast (sekurang-kurangnya) tiap kali datang satu muka surat pun jadilah, janji kita ada usaha utk membaca. Kita kena akui, akhir zaman ni kita dah pun ‘ tinggalkan ‘ Quran,”katanya.

Azmeer antara pemain Kedah yang menjaga etika pemakaian sebagai seorang Muslim di atas padang.

Contoh tauladan ditunjukkan pemain menyebabkan dirinya amat disegani dalam dan luar padang.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.