Pengakuan berani mati bekas militan..

Zainon Ismail melihat gambar lama

KEMPEN ketenteraan Amerika ke atas Iraq pada Mac 2013 merupakan satu kesilapan besar yang harus diakui oleh negara kuasa besar dunia itu.

Pencerobohan sekutu Israel itu ke atas negara milik umat Islam dengan alasan Iraq mempunyai senjata kimia berbahaya menyebabkan rakyat di sana terus menderita pada hari ini.

Sebelum itu lagi, Afghanistan turut menjadi mangsa rakus Amerika Syarikat apabila negara yang mempunyai ramai umat Islam itu ditakluki  pada Oktober  tahun 2001 atas alasan yang sehingga hari ini gagal diberikan oleh negara Uncle Sam itu secara mutlak.

Tidak cukup dengan itu, kekacauan yang terus berlaku di bumi Arab mengakibatkan konflik berdarah serta pelarian manusia dalam jumlah yang sebegitu besar tidak dapat diatasi.

Lebih memburukkan keadaan, beberapa negara yang sebelum ini aman turut terjebak ke dalam kancah keganasan, antaranya ialah Mesir dan Syria.

Syria yang bermula revolusi menggulingkan kerajaan pada 2011 akhirnya berakhir dengan jumlah angka korban yang cukup tinggi saban tahun, faktor perbezaan fahaman antara sunni dan Syiah antara faktor mengapa keadaan di sana gagal dipulihkan.

Disebabkan itu, beberapa gerakan penentangan dari kumpulan-kumpulan mujahidin dilancarkan kepada tentera-tentera penjajah yang menghancurkan bumi umat Islam.

Gerakan –gerakan itu kemudiannya semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi dan media sosial apabila keadaan bergolak di Timur Tengah turut menarik individu muslim dari serata dunia untuk berjihad,termasuk dari negara ini.

Pada dasarnya, penentangan yang wujud hanya semata-mata bertindak balas ke atas kezaliman negara-negara kuasa besar yang sengaja ingin menghancurkan umat Islam.

Namun, sejak kebelakangan ini, pelbagai ideologi yang timbul dari fahaman-fahaman yang tidak selari dengan Islam turut berkembang luas sehingga menyebabkan muncul beberapa lagi kumpulan yang dikategorikan sebagai  puak pelampau.

Ideologi kumpulan berkenaan dilihat tidak lagi mensasarkan musuh-musuh agama sebagai lawan mereka, namun negara umat Islam yang bersistemkan demokrasi atau sekular juga turut dijadikan ancaman oleh mereka.

Antara percaya atau tidak fahaman seperti ini sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat dan ianya bukan lagi perkara baharu dalam dunia serba moden.

Bekas Ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) Zainon Ismail berkata, perjuangan umat Islam pada sekitar 70 an ketika menentang pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan tidak pernah terpalit fitnah seperti apa yang berlaku hari ini.

Menurutnya, perang di antara umat Islam seperti mana yang terjadi hari ini tidak berlaku di bumi Afghanistan, sebaliknya semua umat Islam yang terdiri dari rakyat tempatan ataupun orang luar sama-sama bekerjasama mempertahankan maruah agama.

“Mujahidin Afghanistan mempunyai akhlak yang tinggi kerana dipandu oleh para ulama dalam dan luar dari Afghanistan.

“Antaranya ialah Syeikh Abdullah Azam,beliau merupakan seorang tokoh besar yang berasal dari Palestin dan menjadi pensyarah di universiti Timur Tengah,”katanya.

Zainon Ismail

Zainon Ismail yang bersama-sama mengangkat senjata di Afghanistan bermula 1988 mengakui setiap mujahidin yang menyertai perang di rantau itu diajar berperang berdasarkan adap dan disiplin dalam agama.

Menurutnya, setiap musuh yang ditawan juga perlu diberikan layanan baik sehingga akhirnya ada di antara tentera Russia menyebelahi perjuangan rakyat Afghanistan.

“Tidak berlaku isu-isu seperti mana yang terjadi di Syria di mana musuh-musuh yang ditawan oleh kumpulan tertentu dipenggal leher, dibakar, diperkosa dan sebagainya,”katanya.

Jelasnya lagi, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mempunyai sumbangan cukup besar terhadap konflik di sana apabila beliau mengizinkan rakyat Malaysia untuk berjuang mengangkat senjata menentang pencerobohan Rusia.

“Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dr Mahathir tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas rakyat Malaysia yang ke sana kerana situasi di sana sememangnya menarik simpati seluruh masyarakat antarabangsa.

“Malah Tun sendiri membenarkan Afghanistan membuka kedutaannya di negara ini, saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana tidak memberi tekanan kepada rakyat Malaysia yang ke sana,”katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas Rusia menarik semua tenteranya dari negara dicerobohnya itu, dia kemudian pulang ke tanah air dan menubuhkan kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).

“Selepas enam tahun pulang dar Afghanistan, saya bersama rakan-rakan lain menubuhkan kumpulan KMM untuk melakukan aktiviti dalam jangka masa panjang.

“Ideologi KMM ketika itu adalah menganggap kerajaan sedia ada sebagai kafir kerana tidak melaksanakan sistem pemerintahan negara dengan sebetulnya,”katanya.

Tambahnya lagi,kumpulan itu juga turut merancang untuk melakukan beberapa siri pengeboman di kawasan pelancongan sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur termasuk Menara KLCC.

Gambar-gambar lama Zainon di Afghanista

“Perancangan kami adalah untuk sabotaj keselamatan dan ekonomi kerajaan Malaysia, KMM juga ada merancang untuk sabotaj sukan Komanwel 1998 yang dianjurkan di Kuala Lumpur.

“Namun perancangan kami gagal kerana kawalan keselamatan oleh pihak berkuasa yang begitu ketat, itu antara faktor sabotaj tersebut tidak diteruskan,”katanya.

Zainon Ismail atau dikenali dengan nama penanya C.N  Al-Afghani berkata, ideologi seperti itu lahir kerana mereka terpengaruh dengan pendekatan radikal pihak-pihak tertentu selepas tamat berjuang di Afghanistan.

Menurutnya, kumpulan KMM akhirnya lumpuh apabila cubaan mereka untuk merompak bank  pada tahun 2001 digagalkan oleh pihak berkuasa.

“Disebabkan kejadian itu masyarakat memandang serong kepada kami,saya turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Ogos 2001 hingga September 2006  walaupun tidak lagi menganggotai KMM ketika itu.

Dalam pada itu, Zainon turut meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana perancangan kumpulan itu melakukan beberapa siri serangan gagal.

“Saya bersyukur kerana Allah gagalkan perancangan kami, jika ia berlaku sudah pasti ianya akan membawa fitnah terhadap umat Islam di Malaysia.

“Banyak pengajaran yang boleh diambil, kepada anak muda yang cenderung untuk menyertai perjuangan yang dicetuskan oleh pihak tertentu, mereka perlu mengutamakan dan mendahului ilmu jihad itu sendiri sebelum bertindak kerana ia boleh datangkan fitnah.

Katanya lagi,jihad bukan sahaja terarah berjuag di medan perang, namun pengertian jihad itu sendiri luas konsepnya.

tamat

 

 

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.