Penduduk semakin patuh PKP sejak askar dan polis bekerjasama

KUPANG– Pematuhan rakyat terutamanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral ( B ) Najmi berkata, penduduk semakin mematuhi arahan berada dalam rumah sejak askar dan polis bekerjasama dalam PKP pada Ahad lalu.

Menurutnya, kerjasama daripada penduduk diharap diteruskan sehingga 14 April depan.

“Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan turun padang ke pos kawalan pihak keselamatan di sempadan Baling- Perak.

“Berdasarkan penerangan pihak keselamatan, penduduk semakin patuh pada arahan berbanding sebelum ini. Saya berpuas hati dengan kerjasama mereka,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Terdahulu, Najmi dan Jabatan Pilihanraya DUN Kupang (JRPD) menyantuni anggota keselamatan di pos kawalan keselamatan di Lebuh Raya Kupang- Grik, Kampung Kuala Kuang.

Dalam pada itu, Najmi berkata, beliau yakin tempoh PKP akan berakhir pada tempoh ditetapkan sekiranya rakyat patuh pada arahan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.