Pelajar ditemukan gantung diri

INDONESIA– Seorang pelajar berusia 14 tahun ditemukan tergantung dalam rumahnya di Kelurahan Oebufu, Kecamatan Oebobo, Kota Kupang, semalam.

Mayat pelajar itu ditemukan jiran, polis Indonesia mendakwa punca kematiannya kerana gagal membunuh ayah sendiri.

Menurut media negara itu, punca sebenar kes tersebut terjawab selepas polis menemui buku tulis yang mengandungi luahan hati mangsa.

Ketua Polis Eobobo Kompol Ketut Saba berkata, mangsa diduga melakukan perbuatan itu kerana tidak dapat membunuh Antonius Sinaga yang merupakan ayah kandung.

Menurutnya, pelajar itu menyimpan dendam kepada Antonius kerana membunuh ibunya pada 2012.

“Surat itu ditulis mangsa dengan tujuan dibaca Antonius,”katanya kepada media Indonesia, Kompas.com, hari ini.

Media melaporkan, antara isi kandungan surat itu menyatakan dua tujuan gagal dilakukannya iaitu menamatkan persekolahan dan membunuh Antonius.

Antonius dilaporkan telah ditangkap dan menjalani hukuman penjara.

Rentas7.com

Photo: Kompas.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.