Mustaffa Idrus bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu perjumpaan batu-batu ini
KUALA LUMPUR– Kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad banyak mengubah wajah Malaysia yang sebelum ini mundur kepada negara sedang membangun.
Di usianya yang genap 100 tahun pada tahun ini, jasa dan kebaktian negarawan ulong ini sentiasa dikenang oleh rakyat negara ini dan luar.
Pengerusi Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, pemimpin-pemimpin baharu wajar belajar daripada Tun Mahathir tentang aspek pemerintahan.
“Tun Mahathir berjaya membangun dan mendirikan Malaysia sebagai negara yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara lain.
“Beliau mengilhamkan pembinaan kereta nasional berjemama Proton, pembinaan KLCC, Litar Lumbar Sepang, KLIA, Putrajaya, Jabatan Pulau-Pinang dan banyak lagi,”katanya.
Mustaffa bergambar kenangan dengan Tun Dr Mahathir
Mustaffa berkata, beliau juga membina hubungan baik dengan banyak negara tanpa dipengaruhi oleh mana-mana blok kuasa besar dunia.
“Malaysia mengamalkan dasar neutraliti diplomasi dan mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara besar dunia.
“Kita tidak cenderung ke arah China, Amerika atau Rusia. Selain itu, Malaysia di zamannya berani bersuara dalam apa-apa hal yang menimpa umat Islam.
“Langkah dan keberanian seperti ini perlulah dijadikan contoh oleh pemimpin-pemimpin hari ini dan akan datang dalam menjaga kedaulatan negara,”katanya.
Mustaffa berkata, keharmonian kaum kini semakin terhakis dengan sikap tidak bertolak ansur sesetengah pihak kepada penduduk bumiputera.
Tetapi katanya, hal berkenaan tidak berlaku di zaman Tun Mahathir kerana ketegasan dan kebijaksanaan pemimpin berkenaan mentadbir.
“Menjaga keharmonian antara faktor terbesar dalam menjaga keamanan negara. Tanpa kebijaksanaan maka negara boleh hancur.
“Hal ini sepatutnya dipelajari oleh pemimpin pada hari ini dan seterusnya bahawa kita tidak boleh menjaga negara dengan menjaga hati satu-satu pihak, lagi-lagi demi menjaga kepentingan politik, bukannya kepentingan agama, bangsa dan negara.
“Sepatutnya kebijaksanaan ketegasan, keberanian dan keadilan perlu diterjemahkan dalam kepimpinan, barulah tidak ada pihak yang besar kepala,”katanya.
Leave a Reply