Darren Lok pecah kebuntuan Harimau Malaya

Malaysia mengatasi Chinese Taipei 1-0 untuk membawa tiga mata berharga

KUALA LUMPUR-Kemasukan Darren Lok memecah kebuntuan gol skuad negara apabila meledak gol pada minit ke-72 sekaligus memastikan Malaysia menang 1-0 mengatasi Chinese Taipei di Stadium Perbandaran Taipei malam ini.

Malaysia turun pada aksi kedua Kumpulan D saimgan kelayakan Piala Dunia 2026/Asia 2027 beraksi cemerlang dengan menguasai permainan dan melancarkan deretan percubaan bahaya.

Namun ia belum cukup untuk Malaysia di ranking 130 membocorkan gawang tuan rumah yang berada di ranking 152 dunia itu.

Chinese Taipei yang kurang melakukan serangan terselamat apabila banyak percubaan pemain negara gagal disudahkan dengan jaringan termasuk ada yang terkena tiang.

Darren Lok yang dimasukkan di pertengahan separuh masa kedua menyambar bola muntah daripada percubaan Endrick dos Santos sebelum meledak gol kemenangan negara.

Malaysia kini mengutip enam mata maksimum dari dua perlawana dan akan berhadapan Oman pada tahun depan.

Kemenangan pertama Malaysia hasil kejayaan menewaskan Republic Kyrgyzstan 4-3 pada Khamis minggu lalu.

RENTAS7/ FOTO: FAM

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.