Luqman baca doa sebelum beraksi untuk KV Kortrijk

Luqman membaca doa sebelum beraksi

KUALA LUMPUR-Penyerang muda negara Lukman Hakim Shamsudin membaca doa sebelum turun beraksi mewakili kelabnya, KV Kortrijk dalam perlawanan persahabatan malam ini (waktu Malaysia).

Menerusi gambar yang dikongsi kelab berkenaan di Facebook menunjukkan Luqman menadah tangan ketika berdoa, sebelum memasuki padang.

Pemain remaja terbaik negara itu mendapat pengalaman berguna apabila diturunkan dalam perlawanan persahabatan kelabnya KV Kortrijk menentang Re Mouscron.

Penyerang bawah 19 tahun negara itu diturunkan selama 45 minit pada separuh masa pertama dengan keputusan penuh KV Kortrijk tewas 2-1.

KV Kortrijk dalam satu kenyataan berkata, perlawanan itu memberikan Luqman minit permainan yang berkualiti setelah lama tidak diturunkan akibat mengalami kecederaan sebelum ini.

Kelab tersebut juga mengharapkan Luqman kembali lebih mantap jika diturunkan pada perlawanan seterusnya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.