“Kita terlalu berlembut sehingga dipijak kepala berkali-kali,”- Prof

Gambar SJKC terlibat tular di media sosial apabila memasang Jalur Gemilang secara terbalik

KUALA LUMPUR-Insiden memasang Jalur Gemilang terbalik terus berlaku dengan kali ini melibatkan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC).

Kejadian berlaku di Klang Selangor lapor
akhbar berbahasa , Sin Chew Daily dan tular di media sosial.

Akbar berkenaan melaporkan pihak sekolah tidak berniat menghina Jalur Gemilang sebaliknya ia tersalah gantung oleh pekerja sekolah.

Sementara itu Harian Metro melaporkan pihak polis telah menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, siasatan mendapati kerani sekolah tersilap menaikkan bendera tanpa disedari.

Katanya, kesilapan itu telah dibetulkan pihak sekolah dan mereka dinasihati lebih berhati-hati.

Isu berkenaan mendapat perhatian ramai termasuk Naib Presiden Ikatan Muslim Malaysia Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin di Facebooknya malam ini.

Menurutnya, apabila kejadian seumpama itu berlaku berulang kali di SJKC, dengan mudah orang ramai boleh membuat kesimpulan terhadap institusi SJKC itu sendiri.

“Ini belum lagi dengan insiden bendera jalur hitam dan insiden bendera lima bintang yang dinaikkan dalam majlis kejohanan rasmi.

“Sukar untuk dimaafkan, tetapi kita terlalu berlembut sehingga dipijak kepala berkali-kali,”katanya.

Isu memasang Jalur Gemilang secara terbalik bukan pertama kali berlaku di negara ini.

Pada 21 Ogos lalu Jalur Gemilang dinaikkan secara terbalik di sebuah sekolah di Pahang.

Media pada 17 Februari lalu turut melaporkan pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah SJKC di Pulau Pinang.

Tahun lalu, beberapa premis turut melakukan kesilapan serupa dan setakat ini pelaku tidak dikenakan hukuman yang setimpal sebaliknya hanya dikompaun.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.