Kami bukan barisan pertama atau kedua, tapi selalu ada untuk anda

Hafiz

TEMERLOH– Kekurangan pada anggota badan bukanlah penghalang untuk seseorang berdikari mencari rezeki.

Perkara itu dibuktikan seorang “runner” sepenuh masa yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) bernama Hafiz.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hafiz antara individu yang berkhidmat memudahkan urusan masyarakat terutamanya dalam mendapatkan bahan makanan.

Menurut Hafiz, dia termasuk dalam kategori OKU kerana salah satu anggota tangannya kudung.

“Asalamualaikum semua salam perkenalanan dari saya Hafiz runner Temerloh servis.

“Saya adalah seorang runner OKU kudung satu tangan yang melakukan kerja pembelian dan penghantaran di sekitar Pahang,”katanya di Facebook sambil menambah mempunyai pengalaman selama enam tahun dalam bidang itu.

Hafiz juga memohon masyarakat mendoakan keselamatan dirinya dan rakan-rakan penghantar makanan yang lain supaya dijauhi wabak COVID-19 sepanjang tempoh PKP.

“Insya ALLAH saya cuba sebaik mungkin. Jangan risau walaupun saya OKU saya mampu melakukan tugas seperti orang normal.

“Kami bukan barisan pertama, bukan barisan kedua tapi kami ada untuk anda semua,”katanya.

Penduduk Pahang yang ingin mendapatkan perkhidmatan Hafiz boleh menghubunginya/ WhatsApp di talian 0179210158.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.