Kafirkan sesama Muslim undang dosa besar

Mustafa

SUNGAI PETANI– Budaya mengkafirkan sesama Muslim di negara ini tidak wajar berlaku walaupun berlainan parti politik.

Ketua Penyelaras Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah, Datuk Mustafa Idrus (gambar) berkata, mencela sesama kaum Muslimin secara umum termasuk dalam dosa besar.

Menurutnya, perbuatan mencela sesama Muslim dengan tuduhan kafir berlaku kerana lemahnya pemahaman mereka terhadap akidah dan manhaj yang benar.

“Sebagai orang Islam kita tidak ada hak mengkafirkan sesama Islam.

“Sedangkan bangsa lain pun andai terbuka hidayahnya akan memeluk Islam, kita tidak sepatutnya menghukum orang lain,”katanya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu gelaran kafir yang dilemparkan pihak tertentu kepada pemimpin sebuah parti.

Semalam, Amanah Persekutuan dan Terengganu membuat laporan polis berhubung status pemilik akaun yang menyelar Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Rawa sebagai kafir.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.