Jepun bungkus awal, apa dah jadi?

KUALA LUMPUR– Jepun mengakhiri kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 tahun ini dengan kedudukan tercorot Kumpulan B.

Skuad Samurai Biru sekadar meraih satu mata daripada tiga perlawanan selepas seri 1-1 menentang Qatar di Stadium Rajamangala Bangkok, malam tadi.

Dalam dua aksi awal, Jepun yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Tokyo Julai depan tewas mengejut 2-1 kepada Arab Saudi.

Skuad muda Jepun ditunjukkan jalan keluar apabila tewas dengan keputusan sama kepada Syria dalam perlawanan kedua.

Kempen buruk Jepun dalam kejohanan ini menimbulkan persoalan apakah prestasi pasukan berkenaan benar merosot?

Jepun pulang awal berbekal satu mata

Atau mereka sekadar menguji taktikal dan menyembunyi kekuatan sebelum Sukan Olimpk di halaman sendiri?

Dalam pada itu, Kumpulan B menyaksikan Arab Saudi dengan tujuh mata layak ke suku akhir diiringi Syria dengan empat mata.

Qatar yang turut mengintai slot suku akhir hanya mampu mengumpul tiga mata.

Sebanyak 16 pasukan bertanding dalam kejohanan tersebut dengan Thailand yang turut layak ke suku akhir dipilih sebagai tuan rumah.

Rentas7.com/ Foto JFA

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.