Penternak pengsan dirempuh babi hutan

Gambar hiasan

BALING-Seorang penternak kambing pengsan selepas motosikal ditunggangnya dirempuh oleh seekor babi hutan di Kampung Cherok Landak .

Kejadian itu berlaku pada 28 Januari lalu jam 3.45 petang .

Mangsa, Suhaimi Jasmi,57, berkata, dia yang menunggang motosikal jenis Dash ketika itu dilanggar babi berkenaan secara mengejut.

“Akibatnya saya pengsan dan mengalami kecederaan di seluruh badan dan menerima rawatan di Hospital Sungai Petani,”katanya.

Berikutan itu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kupang.

Rentas7.com/ gambar hiasan

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.