Harimau Malaya jalani latihan bagi kempen Piala Dunia/ Asia

KUALA LUMPUR-Skuad kebangsaan menjalani sesi latihan pertama di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor Bahru petang tadi.

Ia latihan pertama selepas 16 bulan pemain skuad kebangsaan tidak dapat berlatih bersama akibat pandemik COVID-19.

Seramai 28 pemain telah dipilih bagi kem latihan pusat yang dijalankan selama sembilan hari.

Harimau Malaya dibawah kendalian Tan Cheng Hoe bakal mengharungi baki tiga perlawanan bagi Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 bertemu UAE, Vietnam dan Thailand.

Tiga perlawanan itu bakal diadakan secara berpusat di UAE pada Jun depan.

Ketika ini, Malaysia berada di tangga kedua Kumpulan G dengan sembilan mata.

Vietnam di tangga teratas dengan 11 mataz Thailand di tangga ketiga dengan lapan mata, UAE di tangga keempat (enam mata) dan Indonesia tercorot tanpa sebarang mata.

Rentas7.com/ Foto: FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.