PHNOM PHENG-Harga pasaran lembu di Kemboja meningkat berikutan pembelian besar-besaran dari negara jiran, Vietnam.
Sekalipun penternak dapat meraih keuntungan, namun tindakan drastik itu dilihat menjejaskan pasaran lembu di Kemboja itu sendiri.
Penternak, Shafie (gambar),51, dari Kampung Chiko di sini, berkata, sejak kebalakangan ini lembu dari Kemboja dibeli Vietnam dalam sekala besar.
“Boleh dikatakan satu kemboja ini harga lembu naik. Tahun lepas seekor harganya 500 USD (RM2,000-RM2,200), tapi tahun ini naik sehingga 700USD (RM3,000). Nak cari lembu harga 500USD masih boleh dapat tapi sukar.
“Pembeli dari Vietnam setiap hari akan membeli lembu dari negara ini, tak kira berapa pun jumlahnya. Jika ada 200 ekor, semua itu akan dibeli,”katanya kepada Rentas7.com.
Katanya, dia difahamkan negara itu memproses dalam bentuk daging mentah dan sejuk beku sebelum dipasarkan semula.
Tambahnya, kesan kenaikan itu turut dirasai penduduk muslim dalam menjalankan ibadah korban pada Aidilfitri Ogos lalu.
Rentas7.com
5