Habis study lelaki ini usahakan rumput napier dan kini…

KULIM– Kekurangan rumput napier di pasaran memberikan ilham kepada seoarang anak muda untuk mengusaha dan menjual makanan ternakan tersebut.

Kini, Shahemi Mohd Radzi,31, sudah boleh tersenyum lebar apabila usaha keras dan gigih sejak dua tahun lalu memberikan pendapatan lumayan.

Dibantu beberapa pekerja, mereka memanfaatkan sepenuhnya tanah terbiar berkeluasan 7.1 hektar di Kampung Bikan membolehkan keuntungan kasar diraih mencecah sekitar RM10,000 hingga RM15,000 sebulan.

Iltizam Shahemi menceburi itu juga membantu menampung permintaan penternak khususnya dari kawasan utara.

Shahemi kanan berbual bersama Exco Pertanian Kedah (tengah) Azman Nasrudin yang melawat ladangnya di Kampung Bikan pada tahun lepas

“Saya berhasrat untuk tingkatkan lagi keluasan penanaman rumput napeir di negeri ini,”katanya.

Permintaan tinggi daripada pelanggan membuatkan dia tidak menang tangan untuk menyediakan bekalan rumput berkenaan.

Bagaimanapun, Shahemi dan para pekerjanya memberikan komitmen tinggi dalam memastikan stok makanan ternakan ruminan itu mencukupi untuk dijual.

Shahemi yang juga graduan Univesiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Ijazah Pengurusan Awam berkata, kos rumput nepeir lebih jimat berbanding dedak.

“Kos rumput nepier sangat rendah, malah ia mempunyai protien yang stabil untuk keperluan ternakan seperti kambing dan lembu.

“Kapasiti satu beg (25 kilogram) kita jual RM10 sahaja berbanding harga dedak yang dijual lebih mahal,”katanya

Mereka berminat untuk mendapatkan bekalan boleh mengunjungi Facebook: Bikan Utara Napier.

Rentas 7.com.

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.