Dua bungkusan letupan ditemui

bahan-bahan ditemui dihantar ke balai Polis Mai Ken

PATTANI– Dua bungkusan berisi alatan membuat bom ditemui di dua kawasan berasingan iaitu di Mai Ken di sini dan ­Bachok dalam wilayah Narathiwat, semalam.

Menurut sumber, pihak tentera bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat daripada orang awam.

 

bahan-bahan ditemui dihantar ke balai Polis Mai Ken

Menurutnya, dua beg itu antaranya mengandungi satu tong gas, 2 baja urea, pemotong wayar eletrik, wayar penyambung sepanjang 20 meter dan wayar elektrik panjang lima meter.

“Bahan-bahan membuat bom dihantar ke Balai Polis Mai Ken untuk siasatan,”katanya.

SUMBER: Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.