Dua barang haram dalam sebuah gudang dirampas

Kesemua barang rampasan bernilai RM 9 juta

KUALA LUMPUR– Sejumlah rokok tidak bercukai dan bedak tanpa kelulusan bernilai 9 juta dirampas Pasukan Polis Marin dalam sebuah gudang di Taman Klang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Komander PPM DCP Yusoff Mamat berkata, pasukan PPM Pelabuhan Klang melakukan serbuan di lokasi terbabit pada jam 10.45 pagi selepas menerima maklumat menerusi Ops Kontraband.

“Pasukan serbuan telah pergi ke lokasi gudang tersebut namun tiada sesiapa di dalam gudang tersebut dan dipercayai kesemua pekerja telah melarikan diri dari gudang tersebut.

“Semasa permerikasaan dijalankan ke atas gudang tersebut mendapati terdapat sebuah kontena yang berisi rokok yang tidak bercukai serta kotak yang berisi bedak yang dipercayai tidak mempunyai kelulusan di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,”katanya.

Beliau berkata, kesemua nilai rampasan bernilai RM 9 juta itu telah diserahkan kepada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia serta Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Selangor untuk tindakan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.