Cikgu Nasir cetus sensasi..

BANYAK coretan sejarah perjuangan PAS di kawasan Baling.

Salah satunya ialah kisah PAS menang buat kali pertama di Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) Bayu pada PRU-I4 lalu.

Kemenangan itu membolehkan kerusi DUN Bayu yang juga kubu kuat UMNO-BN sebelum ini, disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Abd Nasir Idris.

Selepas hampir dua tahun berkhidmat untuk rakyat, Abd Nasir kini mencipta fanomena tersendiri di Baling.

Beliau yang mesra membahasakan diri sebagai Cikgu Nasir hari ini semakin dikenali dan disayangi ramai.

Ia ekoran sikap ramah pemimpin berkenaan yang tidak meletakan sebarang syarat atau protokol untuk rakyat berurusan dengannya.

Pengaruh Cikgu Nasir dilihat mula tercetus apabila aktif berkongsi setiap aktiviti di lapangan bersama rakyat di Facebook selain selesa menulis dalam loghat Baling di kebanyakan posting.

Bahkan beliau antara pemimpin PAS yang kerap menegur kerajaan negeri melalui tulisan di Facebook khususnya berkaitan kebajikan rakyat.

Lebih menambah sensasi Abd Nasir apabila namanya pada awal MAC lalu tular kerana dikaitkan dengan calon Menteri Besar Kedah bagi Perikatan Nasional (PN) menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Pakatan Harapan (PH).

Justeru, adakah Bayu menang kerana perawakan Abd Nasir? Atau sebaliknya?

Ikuti penjelasan tuan empunya badan.

Sejarah kemenangan kali pertama PAS di Bayu.

Ketika ditemui di rumahnya, Abd Nasir yang berbaju t-shirt dan berkain pelikat menyambut baik kedatangan wartawan Rentas7.com.

Memulakan bicara, Abd Nasir berkata,
sejak PRU diperkenalkan pada 1959, PAS masih belum pernah menang di kawasan berkenaan.

“BN mendominasi kawasan berkenaan sehingga BAYU digelar penduduk termasuk penyokong PAS sendiri sebagai kubu pihak lawan.

“Hanya sekali kerusi UMNO digugat iaitu pada I974, menyaksikan calon bebas menang untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi satu penggal.

“Pada PRU-12, sekalipun PAS berjaya menakluk Kedah melalui gabungan Pakatan Rakyat, kerusi DUN Bayu masih belum berjaya dirampas.

“Sebaliknya, ADUN UMNO-BN, Datuk Azmi Che Husain berjaya mempertahankan kerusi berkenaan selama dua penggal (PRUI2-PRUI3),”katanya.

And Nasir kanan bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
And Nasir kanan bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Pada PRUI4, UMNO akhirnya tewas di DUN Bayu dalam saingan tiga penjuru yang turut melibatkan PH.

Kemenangan julung kali PAS di Bayu itu memahat sejarah tersendiri khususnya buat penyokong dan petugas PAS Kawasan Baling.

Bagi Abdul Nasir Idris, kemenangan tersebut meninggalkan nilai sentimental kepada para petugas dan amilin PAS.

“Melihat kepada sejarah di DUN Bayu ini, ia merupakan antara kubu terkuat BN di Kedah. Maknanya dari PRU pertama hingga PRUI3, DUN ini dikuasai UMNO-BN. Mereka hanya tewas sekali kepada calon bebas pada I974.

Abd Nasir membantu penduduk terjejas akibat wabak COVID-19

“Calon bebas dikenali sebagai Cikgu Rashid ketika itu menggunakan lambang wau bulan untuk bertanding,”katanya.

Banyak faktor kemenangan kali pertama

Nasir mengakui mengangap diri sendiri sebagai calon “underdog” (calon tidak diberikan harapan) berikutan sejarah gah UMN0-BN di kawasan itu.

“Apabila nama saya terpilih untuk bertanding, daripada awal saya menganggap diri sebagai calon underdog.

“Walaupun tidak diberikan harapan untuk menang, tapi saya dan PAS Baling mempunyai hasrat dan cita-cita untuk menang,”katanya.

Kata Cikgu Nasir, slogan “ Menang Bayu Menang Kedah” dimainkan ketika kempen pilihanraya bagi membangkitkan semangat jentera pilihanraya berdepan lawan.

Abd Nasir menyampaikan taklimat kepada jentera PAS

“Malah slogan itu kita mainkan sejak sebelum PRUI2,”katanya.

Lebih manis  bagi Cikgu Nasir apabila kemenangan pada PRU14 lalu disertai dengan jumlah undi tertinggi pernah diraih setakat ini.

“Tanpa sokongan pengundi PAS dan bukan daripada PAS, kita tidak akan mendapat melebihi I4,000 undi. Kita tidak mampu dan sejarah pilihanraya telah membuktikannya.

“Sebelum-sebelum ini kita hanya mendapat sekitar II,000 lebih. Bila ditanya apakah faktor kemenangan?

“Bagi saya ia banyak faktor. Antara faktornya, kekuatan jentera, protes pengundi terhadap calon lawan termasuk kelebihan calon PAS yang dikenali.

“Pengalaman saya dan isteri berkhidmat sebagai guru selama 35 tahun memberikan sedikit kelebihan kepada saya dan PAS dalam menyentuh hati rakyat,”katanya.

Guna sentuhan guru kepada rakyat

Bekas guru Sains dan Matematik di sekolah kerajaan itu berkata, sepanjang berkhidmat, beliau berusaha mendalami sedalam mungkin permasalahan rakyat di DUN Bayu.

“Alhamdulillah selama setahun menjadi ADUN di sini, banyak respon positif diterima daripada rakyat.

“Saya lebih suka menemui rakyat tanpa apa-apa protokol. Itu lebih memudahkan rakyat mendekati kita,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.