LAHAD DATU - Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai alat mengebom ikan termasuk sebuah perahu enjin pam dari dua lelaki di sini pada 5.30 petang semalam. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Supt Gan Ping Sin berkata, dua lelaki yang terlibat dalam kegiatan itu turut ditahan. "Perahu tersebut dijuragani dua lelaki bajau laut (palauh) masing masing berusia 30 tahun ...

MARANG-Tidak serik dicekup, sepasang kekasih ditahan kali kedua di sebuah hotel di sini awal pagi tadi. Mereka ditahan Pertubuhan Amal Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar) dan Pegawai Penguatkuasaan Syariah Daerah Marang dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 4.30 pagi. Pasangan kekasih berusia 17 dan lewat 20 tahun berkenaan dilaporkan bukan daripada daerah Marang. Malah, mereka berani melakukan ...

SEREMBAN- Seorang ayah sanggup menipu pihak polis setelah kereta dipandu anaknya merempuh tiga indvidu hingga maut, hari ini. Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kemalangan berlaku jalanraya di Jalan Mambau-Port Dickson berhadapan Surau Al-Muqarrabin, Kampung. Mambau jam 6 pagi tadi. Menurutnya, ia melibatkan sebuah kereta, sebuah motosikal dan seorang pejalan kaki. "Kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal ...

LUMUT- Dua nelayan "hilang" selama tiga hari  di perairan Perak di Barat Daya Kuala Kurau. Mangsa, Lim Ah Che Ong,51, dan Teong Leng Huat,52, bagaimanapun ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam. Mereka diselamatkan melalui Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di sektor Cari Alamat yang dilancarkan pada 8 Ogos lalu. Pengarah Maritim Malaysia Negeri Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, ...

SHAH ALAM- Bukan sahaja bekerja tanpa permit sah, malah menjadi tokey besar hasil menceroboh tanah rizab kerajaan bagi mengusahakan ladang sayur haram. Tidak cukup dengan itu, lelaki Bangladesh berkenaan juga dikenali sebagai "Godfather ‘Bangla’ Bukit Beruntung" hasil daripada pelbagai kegiatan jenayah. Bagaimanapun, tindakan tegas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan serta mengusir lelaki itu ke negara asal. JIM dalam satu ...

GELANG PATAH - 19 JULAI 2020 - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah berjaya mengesan 110 unit kontena berstatus transhipment di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor yang didapati mengandungi bahan buangan debu electric arc furnace (EAF) yang berasal dari Romania sebelum dihantar ke negara pengimport iaitu Indonesia. Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim ...

KUALA LUMPUR-Individu atau kumpulan yang membakar anak kucing sehingga mati, disyaki berlaku di negara ini sedang diburu Persatuan Haiwan Malaysia dengan nilai lumayan berjumlah RM10,000. Nilai ganjaran terbaru itu dinaikkan daripada tawaran berjumlah RM3,000 sebelum ini. "Animal Malaysia (Persatuan Haiwan Malaysia) dapat maklumat tidak lengkap dengan mengatakan kejadian berlaku di Pahang. Namun butiran tidak disertakan untuk siasatan seterusnya,"kata kenyataan itu ...

KLANG - 15 JULAI 2020: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor telah berjaya mengesan dan menyita tapak haram pembuangan sisa toksik dan bahan terjadual berbahaya. Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tapak berkenaan dipercayai telah beroperasi lebih 3 bulan yang lalu iaitu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan. Menurutnya, serbuan dilakukan hasil risikan dan intipan yang dijalankan ...

KUALA KETIL- Seorang lelaki bertindak mencuri wang dalam dua tabung di Masjid Madinatul Ilmi Kuala Ketil, jam 6.35 petang semalam. Jemaah, Rahman Hashim,49, berkata, kejadian disedari jemaah ketika waktu Maghrib pada hari kejadian apabila melihat kunci mangga tabung berkenaan dipotong. "Hasil rakaman kamera litar tertutup jelas menunjukkan seorang lelaki memotong kunci mangga tabung menggunakan 'cutter' sebelum mencuri wang didalamnya,"katanya kepada ...

KUALA PERLIS- Sebanyak 30 unit bubu naga (bubu kambang) dirampas Agensi penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di tiga lokasi hari ini. Semua bubu itu dikesan pada kedudukan 0.79 batu nautika, 0.84 batu nautika dan 1.0 batu nautika di barat daya Kuala Sanglang pada jam 9.30 pagi hingga 10.45 pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Paing berkata, ...