PATANI- Seorang lelaki maut ditembak dalam satu kejadian di Mukim Trabon Daerah Saiburi kelmarin. Mangsa dikenali sebagai Burhan Kari berusia 26 tahun, lapor media tempatan. Dalam kejadian jam 9.16 malam waktu tempatan, mangsa maut di tempat kejadian selepas ditembak oleh penyerang tidak dikenali. Motif kejadian belum dapat dipastikan. Rentas7.com ...

KUALA LUMPUR- Mutasi baru virus COVID-19 dari United Kingdom dikesan masuk ke Singapura. Kompas melaporkan, virus berjenis B117 tersebut masuk melalui pelajar Singapura berusia 17 tahun. Wanita berkenaan mengikuti pengajian di UK sejak Ogos lalu. Pelajar berkenaan menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) pulang ke Singapura pada 6 Disember sebelum demam sehari kemudian. Dia disahkan positif COVID-19 pada 8 Disember. MOH ...

KUALA LUMPUR- Sebanyak 23 buah negara mula menyekat penerbangan dari United Kingdom ekoran penemuan mutasi baru COVID-19 di negara itu. Mutasi baru itu dilaporkan lebih cepat menular berbanding penularan wabak COVID-19 menurut Kompas. Memetik AFP, antara 23 negara yang menghentikan penerbangan dari Britain ialah Perancis, Jerman, Itali, Sweden, Austria, dan Finland, Latvia, Etonia dan Estonia. Sebelum ini bekas Perdana Menteri, ...

YALA- Penagih tegar yang selalu mencederakan ahli keluarga mati dibunuh dua adik sendiri. Kejadian berlaku di Kampung Bado Mukim Yu'Po. Memetik media Thailand, Shaychaidantai, suspek dikenali Tuan Kusair Kupi, 28, dan Tuan Loh Kupi berusia 21 tahun ditahan polis pada jam satu petang (waktu tempatan). Mangsa, Tuan Sama ae Kupi berusia 35 tahun dan mayatnya ditemukan penduduk pada 20 November ...

PATANI-Seorang lelaki cedera dalam satu kejadian tembakan jalan raya di daerah Bang Kao, kabupaten Saiburi, hari ini. Kejadian berlaku pada jam 6.35 pagi waktu tempatan ketika mangsa menunggang motosikal. Menurut sumber tempatan, mangsa dikenali Apichat Thongsri, 49, dari Kampung Ban Nam Bo, Panare, Patani. Mangsa yang ditembak dengan pistol telah dihantar ke Hospital Somdej Phra Yupparat Saiburi. Polis masih menyiasat ...

KUALA LUMPUR-Krisis Nagorno-Karabakh berjaya dihentikan dengan campur tangan Rusia. Kejayaan itu dikecapi setelah para pemimpin Azerbaijan dan Armenia bersetuju menandatangani satu perjanjian baru dengan Rusia sebagai pihak tengah. AFP melaporkan, perjanjian perisytiharan gencatan sepenuhnya di zon konflik Nagorno-Karabakh bermula tengah malam Selasa lalu waktu Mascow. Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, pasukan pengaman Rusia telah mengambil posisi di kawasan konflik baru-baru ...

KUALA LUMPUR-Calon Parti Demokrat Joe Biden,77, menang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46. Beliau meraih 286 undi manakala Trump dari Parti Republikan hanya mendapat 214 undi menurut laporan AP. Biden mendapat 20 undi elektoral bagi kerusi di negeri kelahirannya, Pennsylvania iaitu kerusi yang terakhir dimenangi. Presiden baharu Amerika Syarikat itu dilaporkan lebih mesra kepada China menjadi sebab ia ditolak ...

KUALA LUMPUR-Sebanyak 70 peratus umat Islam memilih Joe Biden menurut laporan Exit Polls. Sementara itu, 17 peratus umat Islam memilih Donald Trump yang disahkan oleh tinjauan yang dilakukan oleh Organisasi Muslim Civil Liberties di Amerika Syarikat. Hasil Pengundi Muslim 2020 dalam Pilihan Raya AS 2020 telah dikeluarkan oleh Council On American Islamic Relation (CAIR), sebuah organisasi pembelaan dan hak Muslim ...

PATANI- Jemaah masjid di seluruh Thailand tidak lagi solat berjemaah dengan penjarakan sosial. Ia ekoran penularan wabak COVID-19 di sana khususnya di tiga wilayah selatan Thailand boleh dikatakan telah "tamat". Bekas Bendahari Masjid Darussalam, Khokpho, Harun Ahmad, 66, berkata, seluruh jemaah masjid terutamanya di tiga wilayah selatan Thailand tidak lagi solat berjarak. Menurutnya, mereka juga tidak diwajibkan mematuhi prosedur operasi ...

MOSCOW-Juara lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov memberikan peringatan kepada Emmanuel Macron susulan kenyataan liar Presiden Perancis itu terhadap agama Islam dan Muslim. Khabib berkata, setiap Muslim mencintai Nabi Muhammad S.A.W lebih daripada segala-galanya termasuk ibu bapa, isteri dan anak-anak mereka. "Semoga Yang Maha Kuasa memberikan ganjaran pada orang ini dan semua pengikutnya, yang dengan slogan kebebasan berbicara sudah menyinggung perasaan lebih ...