Bukan mudah hidup di selatan Thailand

Musra mengusahakan perniagaan lokceng dalam mencari rezeki

PATANI-Menetap di bumi konflik seperti tiga wilayah selatan Thailand bukan satu tugas mudah khususnya dalam mencari kerja dengan kerajaan.

Delima itulah yang selalu menghantui anak-anak Muslim selatan Thailand yang menamatkan pengajian dari universiti.

Walaupun mereka mendapat keputusan cemerlang tidak menjamin mereka untuk diterima masuk dalam agensi kerajaan.

Salah seorang lepasan universiti, Musra, 26, berkata, polisi pemerintah, ketidaktentuan politik dan pelbagai faktor lain mungkin menjadi penghalang kepada cita-cita mereka.

Musra salah seorang lepasan dari universiti Prince Of Songkhla dan belum mempunyai peluang walaupun telah beberapa kali dipanggil untuk sesi temuduga.

“Pengalaman saya dalam sektor kerajaan hanya singkat iaitu selama setahun sebagai pekerja kontrak sebelum ini.

“Setelah hampir tiga tahun menunggu, saya berazam untuk tidak lagi mengharapkan kerja dengan kerajaan sebaliknya memutuskan untuk bekerja sendiri,”katanya.

Dengan sejumlah modal dikumpul sewaktu bekerja sebelum ini termasuk bantuan keluarga, anak gadis ini bertekad menjual lok ceng di tepi jalan.

Lokceng yang diproses dari daging dan organ dalaman lembu itu dijual bersama pelbagai aneka minuman.

“Lokceng ini dijual berhampiran Hospital Khokpho setiap hari kecuali Sabtu.

“Saya akan memulakan perniagaan selepas solat Zohor. Selepas selesai dan solat Maghrib di ruang kecil lot gerai disewa barulah pemudi ini pulang ke rumah.

“Cuma kebelakangan ini jumlah pembeli tidak semeriah dua bulan pertama yang berpunca dari ketidaktentuan ekonomi dan keamanan,”katanya.

Setelah akhir tahun mencuba, Musra sedar jalan dilalui bukan mudah. Bukan kerana putus asa tetapi perniagaan terpaksa ditutup.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.