COVID19- Jemaah wanita solat Aidilfitri atas jalan raya

PATANI– Pihak Masjid Nako Hilir di sini menyediakan ruang luar kawasan masjid kepada jemaah wanita bagi solat Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Langkah penjarakan sosial itu diambil pihak masjid bagi membendung penularan wabak COVID-19 selain memastikan keselamatan setiap jemaah.

Jemaah, Musra Harun,24, berkata, ruang jemaah wanita dalam masjid terpaksa disediakan khas kepada jemaah lelaki ekoran pelaksanaan berkenaan.

“Jemaah lelaki solat di dalam dan kawasan perkarangan masjid manakala jemaah wanita solat di atas jalan raya yang terletak di luar kawasan masjid,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Jemaah wanita melaksanakan solat Aidilfitri di atas jalan raya

Beliau berkata, bilangan jemaah yang hadir juga tidaklah seramai dan semeriah tahun-tahun sebelumnya.

“Ini kerana kanak-kanak dan warga emas berusia 65 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir,”katanya.

Katanya, pihak masjid melaksanakan beberapa langkah ketat lain bagi solat Aidilfitri kali ini antaranya jemaah yang hadir perlu menulis nama dan nombor talefon di kertas disediakan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.