BALING– Ustaz Ebit Lew (UEL) menyediakan kediaman lebih selesa kepada sebuah keluarga asnaf, hari ini.
“Syukur Alhamdulillah sahabat kita sekeluarga dah berpindah ke rumah sewa. Saya dah bayarkan 2 bulan.
“InsyaAllah selagi mereka perlukan rumah tu saya bayarkan sewa rumah dan air elektrik. Terima kaseh tuan rumah,”kata pendakwah terkenal itu di Facebook rasminya.
Katanya, jiran-jiran berdekatan turut tampil membantu urusan pindah rumah keluarga berkenaan.
“Mula-mula mereka terkejut. Sebab katanya macam mimpi. Anaknya gembira jer dalam kereta saya tadi. Jiran baik semuanya ada yang datang membantu pindah tadi.
“Sedih tengok. Saya pergi kedai perabot belikan 2 katil “queen” dan tilam. Serta 2 tilam single. Belikan tikar getah. Rice cooker. Saya beri duit belanja buat keluarga dan anak-anak. Syukur pada ALLAH,”katanya.
Kata UEL, dia juga pernah melalui keperitan hidup miskin dan niatnya membantu kerana ALLAH.
“Isteri tuan rumah menangis tadi. Sebak saya. Katanya kenapa ustaz buat semua ini.
“Jawab saya..saya dulu miskin saya cuma nak ALLAH sayang. Miskin atau kaya bukan mulia atau hina. Keduanya ujian dari ALLAH. Saya tengok anak kakak ini cerdik semuanya. Saya teringin nak bantu mereka belajar ke madrasah,”katanya
Tambah UEL, beliau ingin melihat anak-anak keluarga berkenaan berjaya suatu hari nanti.
“Tadi kelam kabut saya balik. Tak sempat cakap panjang. Tadi sambung berbual dalam phone. Saya kata saya akan bantu anak ini belajar sekolah agama atau madrasah. Biar dia jadi orang hebat dunia akhirat,”katanya.
Rentas7.com
Artikel berkaitan:
http://rentas7.com/uel-menangis-di-baling-bantu-keluarga-dalam-kebun-getah/
Leave a Reply