ALOR SETAR -Krisis kepimpinan berlaku di mana saja negara termasuk Malaysia.
Perbezaan ideologi dan warna perjuangan yang membawa kepada dendam kesumat di antara pemimpin sangat merugikan rakyat dan negara.
Pengerusi Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Datuk Mustaffa Idrus berkata, hubungan tidak baik di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kesan jangka panjang kepada negara dan rakyat.
“Persengketaan pemimpin jika tidak dileraikan akhirnya akan merugikan bangsa, agama dan negara.
“Mutakhir ini hubungan Anwar dan Tun Mahathir semakin dingin. Masing-masing dengan episod yang tiada kesudahan. Hubungan itu melarat kepada penyokong taksub kedua-dua kelompok,”katanya.
Mustafa berkata, beliau tidak menyokong mana-mana pihak tetapi menuntut kedua-dua pemimpin berkenaan muhasabah diri.
“Anwar ada liciknya, begitu juga dengan Tun Mahathir. Bagaimanapun Tun Mahathir lebih licik dan bijak bermain politik.
“Ramai pemimpin yang jatuh kerana Mahathir, kini sasarannya mungkin Anwar. di pihak Anwar Ibrahim, mungkin melihat Mahathir sebagai satu ancaman yang perlu dijatuhkan.
“Tun ini siapa pun yang akan memerintah negara dia tidak akan senangi, kecuali orang yang memerintah mengikut telunjuknya
“Kalau negara politiknya dan ekonominya tak stabil, pelabur asing takut nak melaburkan wang maka negara akan berada didalam keadaan yang tak menentu ekonomi negara akan bankrap.
“Permainan politik begini yang saya maksudkan tidak baik untuk bangsa, agama dan negara. Apa salahnya kedua-dua pihak berbaik, melupakan sengketa dan bekerjasama memajukan negara,”katanya.
Beliau berkata, mana-mana pemimpin di mana-mana era selalu memainkan sentimen bangsa namun bangsa Melayu itu sendiri semakin melarat dan tercorot serba serbi.
“Justeru rakyat perlu bijak dan tidak terikut-ikut dengan arus persengketaan pemimpin.
“Akhirnya, bangsa Melayu itu sendiri perlu bangkit dengan kaki dan tangan mereka sendiri tanpa perlu bergantung dengan sentimen politik sempit.
“Kita mempunyai maruah dan jati diri untuk memulihkan negara,”katanya.
RENTAS7







Leave a Reply