Thailand bantu Israel, Lotuss kini diboikot rakyat Malaysia

Siri kempen boikot rakyat Malaysia dijangka memberikan kesan kepada Lotuss

KUALA LUMPUR -Setelah banyak produk pro Israel lumpuh diboikot oleh rakyat Malaysia, kini giliran Lotuss milik Thailand pula menerima nasib sama.

Kempen memboikot Pasaraya Lotuss kini bertebaran luas di media sosial milik rakyat Malaysia berikutan tindakan Thailand menyokong Rejim Israel Zionis membunuh rakyat Palestin.

Pada hujung Disember 2020, Tesco Group UK telah menjual operasinya di Thailand dan Malaysia kepada konglomerat Thailand, Charoen Pokphand Group Co Ltd (C.P Group).

Pengambalihan operasi itu menjadikan Pasaraya Tesco bertukar nama kepada Lotuss Malaysia.

Ia juga menyaksikan Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd menjadi anak syarikat di bawah C.P Group.

Lotuss dijangka menerima nasib sama seperti beberapa syarikat pro Israel yang gulung tikar sekiranya kempen ini terus berjalan sepanjang tahun ini.

Nik Mohamad Azli di Facebook memberikan reaksi “Dah boleh start boikot lotus…dan brg2 ( barang-barang )dari Thai serta jgn (jangan) pergi ke Thailand,”tulisnya.

Kempen memboikot Lotuss turut rancak dimainkan di Tiktok sekaligus bakal memberikan kesan besar kepada keuntungan syarikat Thailand itu.

Antara kempen boikot Lotuss di media sosial

Tindakan Thailand membantu rejim Zionis Israel secara besar-besaran bukan lagi rahsia bahkan bantuan secara langsung itu telah digerakkan sejak tahun lepas.

Gabungan tentera Thailand -rejim Zionis Israel itu terlibat dalam misi memburu kumpulan Hamas termasuk membunuh banyak nyawa tidak berdosa.

Pendedahan awal kerjasama dua hala antara Thailand dan Israel telah didedahkan oleh seorang Ulama Thailand.

Syed Sulaiman Husaini seperti dipetik dari laporan South China Morning Post pada 16 November 2023 mendedahkan tentera gabungan Siam dan Israel bekerja sama memburu Hamas.

Beliau mendesak kerajaan Thailand menarik semula rakyatnya daripada berpihak kepada Israel.

Syed Sulaiman turut membidas kerjasama itu yang disifatkan sebagai tindakan khianat kerajaan Thailand kepada dunia Islam melalui pintu belakang.

Tindakan bermuka-muka Thailand kepada dunia Islam turut ‘terkantoi’ selepas tersebar luas gambar askarnya di barisan hadapan bersama rejim Zionis Israel pada tahun lalu.

Kenyataan Syed Sulaiman itu menerima reaksi Menteri Luar Negeri Thailand Parnpree Bahiddha-Nukara yang tidak menafikan perkara itu.

Bahkan beliau menyebut gambar tersebar itu adalah askar Thailand yang baru selesai menjalani latihan di Israel setelah perang Hamas- Israel meletus pada 7 Oktober tahun lalu.

Gambar lain yang tular menunjukkan seorang tentera rejim Zionis Israel mengibarkan bendera Thailand di depan runtuhan bangunan sebagai satu penghargaan kepada negara itu membantu mereka melawan Hamas.

Kerjasama erat Thailand dan Israel dikukuhkan dengan perjanjian dua negara itu membangunkan peluru berpandu SPIKE MR pada hujung tahun 2020.

Peluru untuk kegunaan tentera darat Thailand itu mempunyai kemampuan membedil sasaran sehingga jarak 2.5 kilometer.

Pada tahun 2023, Defence Technology Institute (DTI) iaitu sebuah agensi penyelidikan di bawah Kementerian Pertahanan Thailand memaklumkan menandatangani perjanjian dengan syarikat milik Israel iaitu Rafael Advanced Defense Systems untuk menghasilkan peluru berpandu SPIKE.

Menerusi perjanjian itu, dua varian peluru berpandu buatan Israel iaitu SPIKE Non-Line- Of Sight (NLOS) dan SPIKE Extended Range (ER) akan dibangunkan di Thailand.

Selain itu, tentera Israel dan Amerika Syarikat dipercayai turut terlibat di sebalik tabir membantu Thailand memerangi Kumpulan Pejuang Pembebasan Patani bagi melumpuhkan sebarang usaha menuntut negara Patani merdeka.

Tentera Thailand yang menggunakan nasihat dan kepakaran daripada ejen CIA dan Mossad terlibat dalam membunuh guru-guru pondok dan sesiapa saja yang disyaki membantu kumpulan kemerdekaan Patani.

Hubungan diplomatik Thailand -Israel telah bermula sejak Jun 1954.

RENTAS7

 

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.