Kisah hero Malaysia di bangku sekolah

KUALA KEDAH– Kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akibat dipukul perusuh di USJ, Seafield Subang Jaya, November tahun lalu amat menyentuh sanubari rakyat Malaysia.

Susulan itu, Mahkamah Koroner pada 27 September lalu memutuskan kematian Allahyarham Muhammad Adib,25, disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu tidak dikenali.

Di sebalik kisah tragis itu, Allahyarham dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah sejak di bangku sekolah.

Kisah itu dikongsikan bapa saudara kepada rakan baik Adib, Razak Osman,45, kepada Rentas7.com.

Razak Osman

Razak yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di Muzium Kota Kuala Kedah berkata, Adib pernah diminta menyembunyikan rokok oleh rakan ketika berada di sekolah

“Waktu itu ada cikgu buat “sport check”, jadi salah seorang rakannya minta Adib tolong sembuyikan rokok.

Adib terus menolak kerana tidak mahu bersubahat. Bagi Adib, apa-apa benda tak elok dia tak mahu terlibat langsung,”katanya yang menceritakan semula kisah disampaikan anak saudaranya (Mohd Nizam Johari,25,),”katanya.

Katanya, Mohd Nizam dan Muhammad Adib bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Laksamana, Kuala Kedah.

Menurutnya, hubungan kedua-dua anak muda itu sangat akrab dan sering keluar bersama ketika bangku sekolah.

“Dia juga jenis tak berkira. Kadang-kadang jika motosikal Nizam ada masalah, Adib yang tolong mai ambil.

“Jika Adib ada masalah, dia minta tolong Nizam datang ambil pi sekolah.

“Tapi bila dah bekerja masing-masing jarang jumpa. Adib di Kuala Lumpur, Nizam kerja kilang di Tandop (Alor Setar),”katanya.

Tambahnya, Allahyarham juga sering menegurnya sekiranya teserempak di mana-mana.

Sebagai insan yang mengenali Adib, Razak amat mengharapkan keadilan kepada Adib dapat ditegakkan.

“Saya sentiasa berdoa keadilan untuk Adib. Kita mesti membela umat Islam,”katanya.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Rentas7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.