KUALA LUMPUR-Larangan guru meleter murid yang tular di media sosial sejak semalam disahkan palsu oleh Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin. Menurutnya, beliau tidak pernah mengeluarkan arahan seumpama itu seperti mana disiarkan sebuah portal yang menggunakan gambarnya. "Saya kongsikan kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung laporan portal berita bertajuk "Gempar!!! Bermula esok, guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid". "Saya ...

KUALA TERENGGANU-JDT bangkit daripada dimalukan Terengganu dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini. Pasukan pelawat dikejutkan dengan gol awal tuan rumah hasil tandukan Jordan Mintah pada minit kelapan. Di separuh masa kedua, pasukan pelawat meningkatkan tempo permainan dengan hantaran-hantaran lebih kemas. Hasilnya jaringan penyamaan hadir pada minit ke-51 jaringan Bergson da Silva selepas pemain ...

PATANI - Air parit segar dan berwarna hijau-kehijauan bagi kegunaan aktiviti pengairan sawah padi di Kampung Nakho Hilir di sini menjadi pilihan penduduk untuk bermandi-manda. Peluang itu tidak dilepaskan penduduk pada hari yang bercuaca panas. Paras air yang selamat membuatkan ada di antara ibu-bapa turut membawa anak-anak mereka bermandi-manda. Lebih mengasyikkan apabila mereka mandi ditemani dengan suasana pemandangan kereta api ...

KULIM- Hutan Lipur Ulu Paip menerima kunjungan ramai pengunjung pada hujung minggu. Tinjauan pada Sabtu mendapati orang ramai meluangkan masa hujung minggu untuk beriadah di sini bersama keluarga. Air sungai yang jernih dan cetek menjadi pilihan ramai untuk bermandi manda termasuk dengan membawa anak-anak kecil. Kebanyakan mereka turut menjamu selera dengan bekalan dibawa di pondok awam disediakan termasuk di tebing ...

KUALA LUMPUR-Nama penyerang naturalisasi Guilherme De Paula masih menjadi pilihan Ketua jurulatih Tan Cheng Hoe bagi saingan Piala AFF Suzuki 2020 Disember depan. Senarai akhir yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak (FAM) menyaksikan 28 pemain akan dibawa ke Singapura. Daripada senarai dikeluarkan, beberapa pemain masih menjadi pilihan Cheng Hoe sekalipun mereka bukanlah pemain kesebelasan utama untuk kelab masing-masing. Paling mencuri tumpuan ...

KUALA LUMPUR-JDT mara ke separuh akhir TM Piala Malaysia selepas menang tipis 1-0 ke atas lawan dari utara, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim malam ini. Tuan rumah yang diikat 0-0 di Stadium Darul Aman pada aksi suku akhir pertama menang hasil jaringan tunggal Arif Aiman Hanafi pada minit ke-40. Sekalipun tewas, skuad Kedah tetap mempamerkan semangat juang tinggi apabila berjaya ...

SUNGAI PETANI-Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) menyokong penuh keputusan Kerajaan Negeri Kedah menghapuskan judi dan menghadkan jualan arak. Pengurusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, langkah diambil kerajaan negeri Kedah wajar disokong penuh semua pihak khususnya umat Islam. "Langkah diambil Kedah dibawah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor amat baik da terpuji. "PAMM merasa bangga dengan keputusan ...

KUALA LUMPUR- Skuad kebangsaan Kuwait seri 1-1 menentang Lithuania dalam perlawanan persahabatan di tempat lawan semalam. Pasukan pelawat terlebih dahulu menjaringkan gol dalam perlawanan dilangsungkan di Stadium Persekutuan Bola Sepak Lithuania itu. Gol penyamaan tuan rumah pada babak akhir memastikan kedua-dua pasukan mengumpul satu jaringan. Kuwait antara pasukan yang giat menjalani persiapan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2023 yang ...

BUKIT BUNGA-Masjid Iktikaf Nur Hidayah (gambar) yang terletak di Bendang Kuala Bukit Bunga Kelantan sesuai menjadi persinggahan para musafir. Terletak di tepi jalan, masjid ini amat sesuai untuk mereka yang dalam perjalanan ke Pantai Timur atau ke Pantai Barat singgah solat dan berehat sementara. Bagi mereka yang pertama kali datang mungkin akan sedikit kehairanan ekoran saiz masjid ini kecil seolah-olah ...

PATANI-Waris kesultanan Melayu Patani yang terakhir masih hidup hingga kini. Berdasarkan perkongsian pengguna akaun IdiAmin Dewani di Facebook, Yang Mulia (YM) Tengku Ahmad Muzaffar adalah cicit kepada Sultan terakhir Patani iaitu Sultan Tengku Abdul Kadir (1909 ). Perkongsian itu turut dikongsi pengguna Facebook lain dan mendapat tanda suka netizen termasuklah ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Individu berkenaan menjawab ...