YAN- Mayat bekas Imam Masjid Yan akhirnya ditemui pada operasi hari kelima hari ini. Jasad Ku Shuib Ku Abdullah,91, ditemui pada jam 3.23 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR). Memetik Sinar Harian, mangsa kelima itu ditemukan pasukan SAR di Titi Hayun. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berjaya dikeluarkan dari timbunan kayu pada jam 3.28 petang. ...

ALOR SETAR- Ahli Parlimen dalam blok kerajaan baharu diminta fokus kepada usaha membantu rakyat dan bukannnya sikap mementingkan 'perut' sendiri dengan berebut kuasa. Pengerusi Perhubungan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, Ahli Dewan yang telah pun menyatakan sokongan mereka memilih blok kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong perlu membuktikan mereka bukan pengkhianat kepada Agong dan rakyat. "Perjalanan ...

KUALA LUMPUR- Jawatan Perdana Menteri kesembilan dimuktamadkan selepas Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah pada 2.30 petang tadi. Memetik Berita Harian, beliau mengangkat sumpah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara. Ismail Sabri mengangkat sumpah di di hadapan ...

  KUALA LUMPUR- Penantian siapa bakal menerajui kepimpinan negara terjawab apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sah dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, hari ini. Pelantikan itu dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Beliau akan mengangkat ...

ALOR SETAR- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Negeri Kedah berharap kerajaan baharu yang akan dibentuk tidak melantik kluster mahkamah menjawat sebarang jawatan. Pengerusi Perhubungan PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, lantikan kluster mahkamah bakal merencatkan susun atur kerajaan mengatasi kemelut ekonomi dan COVID-19. "Kami PUTRA Kedah berharap kerajaan baharu kelak tidak melantik mana-mana individu daripada kluster mahkamah untuk sebarang jawatan ...

ALOR SETAR-Kerajaan Negeri Kedah mengisytiharkan Daerah Yan dan Kuala Muda diklasifikasikan sebagai Kawasan Bencana Tahap 1. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan arahan tetap Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20. "Sehubungan itu, semua agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan dengan pengurusan operasi bencana kini sedang mengambil pelbagai langkah yang perlu bagi memastikan musibah ...

ALOR SETAR- Mangsa hilang membabitkan seorang pekerja Jerai Hill Resort ditemui meninggal dunia malam tadi . Memetik Harian Metro, mayat Sharuzi Mohamad,53, ditemukan pasukan penyelamat pada jarak 200 meter dari pusat peranginan terbabit, jam 10.35 malam. Mangsa dilaporkan ditemui di sebalik timbunan ranting kayu dan dalam lumpur. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ...

ALOR SETAR- Seorang daripada tiga mangsa tragedi kepala air di Gunung Jerai masih belum ditemui akibat terperangkap. Harian Metro melaporkan, kesemua mangsa terbabit adalah kakitangan Jerai Hill Resort terselamat. Tiga daripada empat mangsa dilaporkan selamat. Mangsa cedera dikenali Muhamad Muslim Shari,36 dan Muhamad Soleh Abdul Halim,30, dan Muhammad Siraj manakala Muhammad Siraj Munir Muhamad Abdul Malek,33, tidak mengalami cedera. Operasi ...

KUALA LUMPUR- Malang kepada bangsa Melayu sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali mentadbir Putrajaya. Pengerusi Perhubungan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, PH  mempunyai 'dosa' yang banyak kepada orang Melayu apabila agama Islam diperlecehkan. "PH memberikan ruang amat besar kepada kelompok LGBT hingga kumpulan itu berani mencabar umat Islam. "Antaranya kita boleh lihat pelantikan aktivis gay, ...

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdulllah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah berkenan menerima surat peletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Md. Yasin dan seluruh Jemaah Menteri berkuat-kuasa serta merta, hari ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato' Indra Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, susulan peletakan jawatan berkenaan, Seri Paduka telah berkenan supaya Muhyiddin Yassin menjalankan tugas sebagai caretaker ...