UEL menangis di Baling, Bantu keluarga dalam kebun getah

BALING– Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) tampil membantu sebuah keluarga yang menghuni bangsal dalam kebun getah di sebuah kampung di sini hari ini.

Ini kali kedua UEL hadir ke Kedah dalam tempoh seminggu selepas membantu keluarga Pak Ishak yang tinggal bersama isteri, lapan anak dan 10 cucu dalam rumah serba dhaif di Kampung Derga, Alor Setar pada 20 Mac lalu.

“Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah.

“Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Banyak nyamuk. Tak lepas kereta saya masuk dalam. Kena jalan kaki. Menangis tengok adik-adik ini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya,”katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya.

Ebit menziarahi keluarga tersebut hari ini

Ebit berkata, baginya sehari mereka disini adalah dosa buatnya yang tidur lena dan makan makanan yang sedap.

“Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.

Keadaan keluarga tersebut yang menghuni dalam bangsal di kebun getah

“Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan,”, katanya.

Beliau difahamkan keluarga itu dijanjikan ketua masyarakat untuk menghuni rumah baharu selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Syukur Alhamdulillah.

“Terima kasih ketua masyarakat dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua. Gembira dengar. Syukur sangat,”, katanya

Namun katanya, buat sementara waktu ini beliau akan membantu keluarga tersebut tinggal dalam sebuah rumah yang akan disewanya.

“Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar.

“Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah.

“Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.