BANGKOK – Tentera Thailand telah melancarkan Operasi “Yuttha Bodin”, satu misi ketenteraan berskala besar yang melibatkan gabungan kekuatan Tentera Darat dan Tentera Udara, sebagai tindak balas terhadap tindakan pencerobohan oleh pihak Kemboja.
Menurut thairath, pelaksanaan operasi ini diumumkan secara rasmi pada 24 Julai 2025, selepas Jeneral Pana Klaewplotthuk dilantik sebagai Panglima Operasi bagi menyelaras usaha membalas tindakan agresif yang dianggap sebagai pencabulan terhadap kedaulatan Thailand.
Nama “Yuttha Bodin” berasal daripada gabungan perkataan “Yuttha” (bermaksud peperangan atau strategi tempur) dan “Bodin” (yang merujuk kepada tanah dalam konteks yang mulia atau diraja), menjadikan maksud keseluruhannya sebagai “Peperangan demi mempertahankan tanah air secara mutlak”.
Operasi ini turut diperkuatkan dengan slogan tegas, “Hancurkan setiap yang memijak tanah Thailand” serta mengangkat semangat nasionalisme melalui seruan “Demi tanah air, demi rakyat, demi maruah Thailand.”
Ketenteraan Thailand menegaskan bahawa operasi ini akan digerakkan dengan penuh ketegasan dan keadilan, serta menyasarkan untuk “menghancurkan penceroboh sehingga ke akar umbi” demi menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.
Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai lokasi atau jumlah kekuatan pasukan yang terlibat diumumkan secara terbuka.
RENTAS7 / Foto: thairath








Leave a Reply