RENTAS7 lakukan penjenamaan baharu

KUALA LUMPUR – RENTAS7 hari ini mengumumkan penjenamaan semula tagline rasmi kepada “Agensi Berita Sempadan”, menggantikan slogan terdahulu iaitu “Berita Merentas Sempadan”.

Menurut Pegawai Komunikasi RENTAS7, En. Ilyas Salleh, penjenamaan tersebut berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini sebagai langkah memperkukuh identiti platform itu dalam menyampaikan suara umat Islam di rantau ini.

“Penjenamaan ini mencerminkan komitmen RENTAS7 untuk tampil lebih jelas sebagai medium penyampai maklumat yang merentas sempadan geografi dan isu, khususnya melibatkan masyarakat di kawasan yang sering terpinggir daripada liputan media arus perdana,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa RENTAS7 masih beroperasi sebagai media alternatif berikutan kekangan dari segi dana dan sumber kewangan untuk memperluaskan liputan secara menyeluruh.

“Kami tidak mempunyai dana besar untuk menampung kos operasi di semua kawasan liputan, akan tetapi, komitmen kami untuk menyampaikan laporan yang telus, berani dan berprinsip tetap menjadi keutamaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terus menyokong perjuangan RENTAS7 dalam membawa suara rakyat.

“Sokongan berterusan ini menjadi pemangkin untuk kami terus bergerak ke hadapan walaupun dengan sumber yang terhad,” katanya.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.