KUALA LUMPUR- Rejim Israel yang terkenal dengan sikap penakut berdepan H telah menurunkan pasukan komando elit dikenali Shayetet 13 dalam operasi menahan kapal-kapal Sumud Flotilla di perairan antarabangsa
Serangan yang berlaku awal pagi tadiĀ menyaksikan para sukarelawan ditahan secara paksa sekaligus melanggar undang-undang antarabangsa.
Namun persoalan besar timbul, layakkah mereka digelar pasukan elit? Hakikatnya, tindakan menyerang sukarelawan tidak bersenjata yang hanya membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk rakyat Gaza bukanlah ciri keberanian. Ia lebih menggambarkan sifat penakut, bacul dan tidak berperikemanusiaan.
Pasukan yang kononnya elit ini hakikatnya hanya menunjukkan keberanian palsu terhadap misi keamanan.
Justeru, umat sejagat lebih sesuai melabel mereka sebagai penikus, bukannya wira. Dan jika diagungkan sebagai wira, maka hanya para penyokong mereka yang sama pengecut dan berlindung dalam lubang-lubang kegelapan akan mengiktirafnya demikian.
Sementara itu, setakat jam 8.44 pagi waktu Malaysia, seramai 11 sukarelawan Malaysia dilaporkan telah ditahan oleh rejim Israel selepas kapal-kapal yang menyertai misi kemanusiaan Sumud Flotilla diserang di perairan antarabangsa awal pagi tadi.
Menurut maklumat yang dikongsi penganjur misi, sembilan sukarelawan tersebut dibahagikan kepada empat kapal berbeza iaitu Grande Blu, Sirius, Alma dan Hio.
Delegasi di kapal Grande Blu melibatkan dua orang iaitu Norfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazram.
Sementara itu, empat lagi ditahan dari kapal Sirius iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli.
Lima lagi sukarelawan dari kapal Alma ialah Iylia Balqis, Musa Nuwayri , Sul Aidil, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.
Misi flotilla tersebut membawa bantuan makanan serta ubat-ubatan untuk penduduk Gaza. Serangan dan penahanan ini sekali lagi mencetuskan kecaman antarabangsa kerana tindakan Israel dilakukan terhadap misi keamanan dan di perairan antarabangsa.
Slogan solidariti āNo More Silence, No More Siegeā kini sedang digerakkan di media sosial di bawah tanda pagar #NusantaraForGaza, #BreakTheSiege dan #SumudNusantara sebagai tanda sokongan terhadap sukarelawan yang ditahan.
RENTAS7
Foto: Berita Al-Hijrah
Leave a Reply