Liat atas padang, ligat cari ‘kesempatan’

Malaysia akan menentang Nepal sekali lagi pada November ini

 

KUALA LUMPUR- Setelah mengharungi empat perlawanan, skuad Nepal berada di kedudukan tercorot Kumpulan F Kelayakan Piala Asia.

Pasukan ini bagaimanapun sebenarnya sangat liat untuk ditumbangkan meskipun belum berjaya mengumpul sebarang mata.

Malaysia bergelut untuk menang 2-0 ke atas Nepal pada pertemuan pertama di Stadium Sultan Ibrahim, manakala Vietnam di gelanggang sendiri semalam hampir dimalukan sebelum menang tipis 1-0 ke atas skuad Asia Selatan itu.

Tapi bagaimana jika Nepal yang kini berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas ini memperoleh tiga mata penuh dari Malaysia?

Persatuan Bola Sepak Seluruh Nepal ( ANFA) dilaporkan telah menghantar aduan rasmi kepada FIFA bagi membatalkan kemenangan Malaysia ke atas mereka pada 25 Mac lalu.

Ia ekoran kes pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain yang dikaitkan berstatus warisan.

Malaysia menurunkan salah seorang daripada 7 pemain itu. Hector Hevel dalam perlawanan itu, dan pemain tersebut turut menjaringkan satu gol.

Persoalannya, adakah aduan Nepal akan diterima?
Dan bagaimana pula keputusan Malaysia tanpa tujuh pemain yang dikatakan berstatus warisan apabila bertemu Nepal sekali lagi pada November ini?

Sama ada Malaysia mampu meneruskan rentak kemenangan atau Nepal terus liat untuk ditewaskan, aduan rasmi Nepal tetap menjadi satu ancaman besar.

RENTAS7/ FOTO: ANFA

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.