KUALA LUMPUR- Malaysia mencipta kemenangan sensasi apabila menewaskan tuan rumah Laos 3-0 dalam saingan Kumpulan F di Stadium Nasional New Laos, Vientiane, malam tadi.
Jaringan dua pemain tempatan, Arif Aiman dan Faisal Halim termasuk pemain warisan yang mempunyai susur jalur jelas dan sah, Dion Coll membenam cabaran Laos yang berhajat membenam skuad kebangsaan di tempat sendiri.
Kemenangan itu meletakkan skuad Harimau Malaya di tangga teratas kumpulan dengan sembilan mata, meninggalkan pencabar utama, Vietnam, di tempat kedua dengan enam mata.
Namun, kegembiraan penyokong Malaysia hanya sementara. Di sebalik keputusan cemerlang itu, kem negara masih dibayangi kontroversi skandal tujuh pemain luar yang masih belum menemui penyelesaian.
Isu berkenaan dijangka membawa kesan besar, termasuk kemungkinan pemotongan enam mata terhadap Malaysia susulan kemenangan 2-0 ke atas Nepal dan 4-0 ke atas Vietnam.
Sekiranya hukuman itu dikuatkuasakan, Malaysia bakal terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada impian untuk beraksi di Piala Asia 2027.
Dalam keadaan getir ini, FAM sendiri masih belum memberikan penjelasan yang mampu melegakan seluruh penyokong, termasuk jawapan “atas angin” yang diberikan oleh Menteri KDN dalam Sidang Parlimen.
Menimbukan persoalan, seorang lagi individu berpengaruh turut belum tampil memberikan penjelasan sebenar, sebaliknya hanya memuat naik hantaran senyuman di media sosial.
RENTAS7








Leave a Reply