PATANI-Dua anggota tentera Renjer Thailand cedera dalam satu serangan hendap kumpulan pejuang pembebasan Patani.
Dua anggota masing-masing berpangkat sarjan dan leftenan.
Kejadian pada 25 Februari lalu berlaku pada jam 1.10 petang waktu tempatan di Mukim Mak Mawi daerah Binjul Lima Wilayah Patani.
Kereta dinaiki kedua-dua anggota terbabit mengalami kerosakan teruk selepas terkena tembakan.
Dalam kejadian berasingan, pada 26 Februari lalu, seorang lagi anggota tentera Thailand dari infantri kompeni 4108 parah selepas diserang hendap kumpulan pejuang pembebasan Patani di Daerah Bendang Setar.
Mangsa berusia 30 tahun menerima rawatan di sebuah hospital berhampiran.
RENTAS7








Leave a Reply