ALOR SETAR-Â Bilal masjid mengakui sedih melihat masjid lengang tanpa jemaah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masuk hari kedua. Bilal Masjid al Kausar Titi Baru , Ahmad Bukhari Ayub ,30,(gambar kiri)Â mengakui hatinya sebak melihat saf kosong setiap kali masuk waktu solat. "Sedih memang sedih apabila tak nampak jemaah seperti kebiasaaannya, yang ada hanya kami jawatankuasa masjid. "Apabila Perintah Kawalan Pergerakan ...
ALOR SETAR-Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) mencadangkan kerajaan menghalang pengerakan penduduk dari satu daerah ke daerah lain. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, langkah itu wajar dipertimbangkan bagi mencegah wabak COVID-19 daripada terus merebak. Menurutnya, tindakan itu sekaligus dapat mendisiplinkan rakyat Malaysia yang ingkar pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan. "PAMM mencadangkan agar setiap laluan masuk ke setiap daerah ...
PATANI- Tiga pejuang kumpulan Melayu Patani dan seorang askar Thailand maut dalam pertempuran sengit yang berlangsung selama tujuh hari. Tujuh lagi askar Thailand dilaporkan mengalami kecederaan. Tiga anggota pejuang kumpulan Melayu Patani yang maut dikenali sebagai Solahudin Haji Yusof, Azhar Abdulwahid, dan Syahid Nuruddin Haji Yusof. (gambar atas :salah seorang anggota pejuang) Pertempuran bermula 12 Mac hingga 18 Mac di mukim ...
BANGKOK- Kerajaan Thailand menutup semua sekolah di negara itu dalam usaha mencegah COVID-19 berkuatkuasa 18 Mac sehingga 31 Mac. Kementerian Pendidikan Thailand dalam satu kenyataan berkata, kemasukan tarikh pengambilan pelajar baru bagi Tingkatan 1 dan 4 yang sepatutnya dibuat pada hujung bulan ini turut ditangguh. "Perubahan tarikh bagi pengambilan pelajar Tingkatan 1 dan 4 termasuk tarikh peperiksaan kemasukan bagi para ...
BALING- Dua anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris antara petugas kesihatan yang berada di barisan depan mengekang wabak COVID-19. Menerusi satu perkongsian di Facebook (gambar) hari ini, Abd Nasir menzahirkan ucapan tahniah kepada dua anaknya iaitu Dr Nur Hanisah dan Dr Hanan Melati. "Tahniah anakanda Dr Nur Hanisah Nasir dan Dr Hanan Melati yang duduk barisan ...
BALING- Empat jururawat dari Hospital Baling hari ini dipanggil bertugas di Hospital Alor Setar bagi memberikan khidmat rawatan menangani COVID-19 Mereka adalah Syarifah Samsiah Syed Mohdi, Sabariah Mahmood, Haniza Adnan dan Norzuraida Rosedi. Menerusi perkongsian akaun Facebook Hospital Baling, mereka ialah kumpulan pertama terpilih berkhidmat di Hospital Alor Setar bagi misi berkenaan. "Di saat orang lain mengawal pergerakan mengikut arahan pemerintah, kami jururawat juga ...
ALOR SETAR- Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) menuntut seluruh rakyat negeri ini mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengekang wabak COVID-19. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, orang ramai diminta berada dalam rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. "Jika nak keluar sekalipun biarlah kerana ada urusan benar-benar mustahak. "Jangan pentingkan diri sendiri sehingga menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal,"katanya di sini, ...
RANTAU PANJANG- Ribuan rakyat Thailand berpusu-pusu keluar dari Malaysia menerusi Kompleks Imigresen Rantau Panjang- Sungai Golok malam ini. Keadaan itu menimbulkan kesesakan luar biasa di pintu sempadan kedua-dua buah negara. Rakyat Thailand meninggalkan negara ini ekoran Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Malaysia mulai 18 sehingga 31 Mac bagi mengekang wabak COVID-19. Setakat ini Malaysia mencatat kes positif COVID-19 tertinggi di Asia ...
IPOH- Jabatan Mufti Negeri Perak hari ini menggariskan kaedah laungan azan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di negara ini. Berdasarkan video dipaparkan di Jabatan Mufti Negeri Perak, laungan azan sepanjang tempoh tersebut dipendekkan. Tiada lafaz "Hayya a'las solah dan Hayya alal falah" dilaungkan. Sebaliknya ia digantikan dengan lafaz "Sollu fi buyutikum" sebanyak dua kali sebelum diakhiri dengan laungan Allahukhbar seperti ...
YALA- Sekurang-kurangnya 10 orang awam cedera akibat serangan bom di Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan (SPPAC) hari ini. Sumber berkata, serangan itu turut mencederakan lima wartawan, dua anggota tentera dan seorang polis. Serangan merosakkan tembok yang mempunyai papan tanda SSPAC. Artikel berkaitan:Â http://rentas7.com/bangunan-kerajaan-thai-dibom/ Rentas7.com ...













