Vietnam kempunan lagi

China atasi Vietnam 3-2

KUALA LUMPUR– Perjalanan skuad kebangsaan Vietnam untuk ke Piala Dunia 2022 semakin jauh apabila tewas kepada China 3-2 awal bagi aksi Kumpulan B awal pagi tadi.

Bermain di gelanggang berkecuali, Vietnam lebih mendominasi permainan di Stadium Sharjah, Emeriah Arab Bersatu (UAE) apabila menguasai 51.3 peratus permainan secara keseluruhan berbanding China yang hanya 48.7 peratus penguasaan.

Skuad Naga Emas melakukan 13 percubaan mengatasi 12 percubaan dilakukan China.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, China yang tidak putus asa mengasak Vietnam berjaya memperoleh 2 gol meninggalkan Vietnam sebelum kedudukan itu diikat lawan yang bangkit di hujung permainan.

Jaringan lewat Wu Lei pada lima minit masa tambahan menghancurkan impian Vietnam untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata.

Bagi keputusan lain dalam Kumpulan B, peluang Jepun untuk ke Piala Dunia kali ini dilihat turut sukar selepas tewas kali kedua dengan kali ini kepada Arab Saudi 1-0.

Sebelum ini Jepun tewas kepada Oman pada perlawanan pertama.

Satu lagi perlawanan menyaksikan Australia mengekalkan momentum tiga kemenangan berturut-turut dengan menewaskan Oman 3-1.

Sementara itu, di Kumpulan A Korea Selatan menang 2-1 ke atas Syria, Iraq seri 0-0 menentang Lubnan dan Iran atasi UAE 1-0.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.