PUTRA tentang kalimah ALLAH digunakan penganut Kristian

Fadzil Hanafi

ALOR SETAR-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) tidak bersetuju kalimah ALLAH digunakan dalam kalangan orang bukan Islam.

Kenyataan timbalan pengerusi perhubungan PUTRA Kaedah, Datuk Fadzil Hanafi berkata, PUTRA Kedah menyokong penuh beberapa pandangan yang melarang orang bukan islam menggunakan kalimah Allah dalam apa jua bentuk.

Menurutnya, ALLAH tuhan bagi orang Islam berbeza sama sekali dengan Tuhan bagi agama-agama lain.

“Tuhan orang Islam yakni Allah sifatnya sepertimana yang ditegaskan oleh Allah sendiri menerusi surah al Ikhlas,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PUTRA bimbang orang bukan Islam akan meletakan kalimah ALLAH ini di tempat-tempat yang tidak sesuai.

“PUTRA berpendapat sekiranya mereka benar-benar ikhlas ingin menggunakan kalimah ALLAH kerana kebenaran-Nya maka langkah terbaik terima saja islam sebagai anutan dengan melafazkan syahadah,”katanya.

Beliau berkata, dengan cara itu ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah dari segi penggunaanya malah kalimah suci tersebut kekal terpelihara kesuciaannya.

“Jika tidak kekal saja dengan cara lama tanpa menggunakan kalimah ALLAH yang tidak memberikan sebarang kecelakaan kepada mereka.

“Peliharalah hidup harmoni yang terbina selama ini dengan mengamalkan apa yang terdapat dalam ajaran agama masing-masing.

“Kekalkan pegangan yang dipegang selama ini. Dalam ayat 6 Al-Kaafiruun ALLAH berfirman :Bagi kamu agama kamu dan bagi ku agama ku,”katanya.

Mahkamah Tinggi pada 10 Mac lalu membenarkan pengganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah ALLAH termasuk perkataan Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan agama itu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.