Mesin ATM selalu tergendala

Orang ramai terpaksa menunggu ketika mesin itu tergendala

KUALA NERUS-Sebuah mesin ATM di bangunan Outlet Sawari di sini yang sering tergendala menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang bagi urusan pengeluaran dan deposit tunai.

Salah seorang pengguna memaklumkan yang enggan dikenali, sistem mesin berkenaan asyik tergendala setiap kali ingin digunakan.

“Selalunya ia akan tergendala selama seminit. Tambahan pula hanya ada satu saja mesin ATM di bangunan ini. Bila jadi begini, urusan orang ramai terganggu dan terpaksa beratur panjang,”katanya.

Salah seorang pengguna lagi ingin dikenali Arifin Saad,37,berkata, pihak berwajib diharap dapat membaiki perkhidmatan mesin berkenaan bagi memudahkan orang ramai berurusan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.