Malaysia garang benam Filipina 2-0

Skuad negara beraksi amat cemerlang malam ini

KUALA LUMPUR– Skuad kebangsaan di bawah sentuhan Kim Pan-gon berada pada kelas tersendiri apabila membenam Filipina 2-0 dalam aksi perlawanan persahabatan Tri Nations Series 2022 di Stadium Nasional Singapura malam ini.

Seawal minit ke-3, Harimau Malaya sudah menerusi serangan pantas merobek gawang Filipina menerusi rembatan kencang Akhyar Rashid selepas menewaskan pertahanan pasukan lawan.

Pemain sayap itu sekali lagi menjadi igauan ngeri pemain lawan apabila hantaran daripada Muhammad Syafiq Ahmad disudahkan dengan baik pada minit ke-24.

Secara keseluruhan, aksi
skuad negara di bawah ketua jurulatih dari Korea Selatan itu jauh berbeza dengan apa pernah ditampilkan sebelum ini.

Perbezaan ketara dapat dilihat pada tempo permainan lebih pantas, kawalan bola lebih kemas, hantaran tepat serta stamina pemain yang tinggi.

Namun, beberapa kelemahan masih perlu diperbaiki.

Malaysia akan menentang tuan rumah Singapura pada 26 Mac ini di stadium sama.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.