Lebih 200 doktor mogok dipecat

ARARE– Lebih 200 doktor sektor awam yang melancarkan mogok (gambar) kerana menuntut gaji lebih baik dipecat kerajaan Zimbabwe, Jumaat lalu.

Mogok sejak 3 September lalu itu melibatkan doktor kelas junior dan menengah dari hospital-hospital negeri.

Para doktor berkenaan menuntut kadar gaji lebih selesa bagi melindungi mereka daripada kenaikan inflasi di negara itu, lapor Reuters.

Bagaimanapun, kesemua doktor terlibatĀ  dipecat selepas pendengaran tatatertib yang didakwa diadakan tanpa kahadiran mereka.

Tindakan drastik itu diambil Presiden, Emmerson Mnangagwa.

Para doktor terbabit dilaporkan menafikan keputusan mahkamah bahawa tindakan mereka menyertai mogok tersebut adalah haram.

Lembaga Perkhidmatan Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengadakan perbicaraan terhadap seramai 213 doktor.

Hasil perbicaraan, seramai 211 doktor didapati bersalah kerana tidak hadir bekerja tanpa sebab.

Tambah kenyataan itu, hanya dua orang doktor menghadiri sesi berkenaan.

Zimbabwe sedang menanggung krisis ekonomi paling teruk dalam tempoh satu dekad.

Negara itu kekurangan mata wang asing, bahan bakar, kuasa dan ubat-ubatan.

Dalam pada itu, Mnangagwa dilaporkan berkata, beliau meminta semua pihak bersabar sementara kerajaannya berusaha memperbaiki ekonomi.

Rentas7.com/ Foto Reuters

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.