Kuliah agama terakhir sebagai Mufti Wilayah

KUALA LUMPUR-Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampaikan kuliah agama terakhir sebagai Mufti Wilayah Persekutuan malam ini.

Ini kerana, Dr Zulkifli bakal mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia selaku Menteri Agama di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Melawati Putrajaya jam tiga petang esok.

Pelantikan Dr Zulkifli sebagai salah seorang anggota Jemaah Menteri diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

Antara intipati kuliyah disampaikan beliau di Masjid Slim River, Perak tadi ialah berkenaan syarat sah solat Jumaat.

Beliau juga menekankan tanggungjawab dan amanah dalam pekerjaan.

Dr Zulkifli mempunyai latar belakang akademik yang sangat cemerlang.

Beliau merupakan pemegang Sarjana Muda Syariah dalam bidang pengeluaran Fatwa dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

Sebelum dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan, beliau pernah bertugas sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Terengganu dan Negeri Sembilan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.