ALOR SETAR-Kibaran bendera China di Teluk Intan Perak selepas di Pulau Pinang, disifatkan Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) sebagai tindakan khianat, talam dua muka dan rasis.
Pengerusi PAMM, Datuk Mustaffa Idrus berkata, hukuman segera perlu diambil kepada pengkhianat negara dengan melucutkan kerakyatan mereka.
Namun katanya, kelemahan suara pemimpin Melayu dalam kerajaan semasa memustahilkan segala bentuk hukuman dikenakan kepada pesalah.
“PAMM begitu kesal dengan apa yang berlaku mutakhir ini. Tidak pernah dalam sejarah bendera China yang sinonim dengan perjuangan komunis dikibar secara meluas di atas tanah nenek moyang kita.
“Kelemahan pentadbiran, suara pemimpin Melayu yang terhad dalam kerajaan menjadi penyebab apa yang kita semua sedang lihat hari ini,”katanya kepada RENTAS7 hari ini.
Beliau berkata, kibaran bendera China itu dilihat sengaja dilakukan dan mungkin sebagai membawa mesej bahawa pihak tertentu mempunyai ‘abang besar’
“Mereka mungkin menyangka dengan cara berlindung di bawah bendera China, orang lain tidak berani melakukan apa-apa terhadap mereka.
“Saya ingin tegaskan kepada pihak sana, kamu berlindung di bawah bendera China atau Israel sekalipun, orang Melayu tak akan duduk diam. Jangan mengusik harimau yang sedang memerhati jika tidak mahu diterkam,”katanya.
Beliau berkata, segala tindakan provokasi oleh pihak yang layak disebut sebagai pengkhianat mungkin bakal berulang lagi dan hanya berakhir tanpa hukuman.
“Tetapi itulah, selagi suara orang Melayu bukan majoriti dalam kerajaan kita mungkin akan melihat perkara ini berulang.
“Bagaimanapun PAMM ingin mengajak semua pencinta keamanan supaya tidak termakan dengan provokasi pihak lain,”katanya.
Mustafa berkata, negara masih mempunyai sandaran seperti polis dan tentera dalam menjaga keamanan negara.
“Janganlah kita termakan dengan provokasi melampau mereka dengan melakukan apa-apa kekerasan kerana itu mungkin umpan pihak tertentu untuk menjerat.
“Ketika ini orang-orang Melayu perlu bersatu hati dan berteguh dengan semangat patriotik yang tinggi supaya negara tidak mudah tergadai kepada bangsa asing,”katanya.
RENTAS7








Leave a Reply