Jalan ke selatan penuh kenderaan

KUALA LUMPUR– Lebuh Raya Utara- Selatan menghala ke Kuala Lumpur penuh dengan pelbagai kenderaan bermula petang hingga malam ini. (Gambar)

Secara tidak langsung, hentian Rehat dan Rawat (R&R) seperti di Gunung Semanggol, Sungai Perak dan Tapak penuh dengan orang ramai yang berhenti untuk solat, makan, ke tandas dan mengisi minyak.

Selain daripada individu dan keluarga, kenderaan yang menghala ke selatan dilihat terdiri daripada pelbagai
kumpulan sukarewalan.

Mereka menuju ke ke Selangor bagi misi kemanusiaan membantu mangsa banjir.

Arah Lebuh Raya PLUS dari selatan menuju utara pula didapati normal seperti kebiasaannya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.