Indonesia bantu Malaysia untuk ‘layak’

Tuan rumah gagal meraih tiga mata selepas dipaksa seri oleh Indonesia

KUALA LUMPUR-Indonesia berada pada kelas tersendiri apabila menafikan kemenangan tuan rumah Thailand 2-2 Kejuaraan Futsal Kumpulan A malam ini.

Thailand, pasukan yang sukar ditewaskan pasukan Asia Tenggara lain ketinggalan 2-1 pada separuh masa pertama sebelum bangkit di babak kedua untuk menghalang pelawat mencipta kejutan.

Secara tidak langsung, Indonesia memberikan harapan kepada Malaysia untuk ‘layak’ ke separuh akhir menerusi kemenangan pada perlawanan terakhir .

Bagaimanapun berdasarkan prestasi semasa skuad negara, Malaysia memerlukan keajaiban untuk menang ke atas Thailand, misi sangat mustahil untuk dilakukan.

Malaysia kini di tangga ketiga kumpulan dengan enam mata hasil kemenangan ke atas 7-6 ke atas Kemboja dan membelasah Brunei 10-0 siang tadi dan tewas 5-1 kepada Indonesia pada perlawanan semalam.

Thailand dan Indonesia mengutip tujuh mata selepas tiga perlawanan tanpa tewas.

RENTAS7/ FOTO: Futsal Thailand

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.