Dibelasah 4-1, Malaysia bolos dua gol dalam dua minit

Skuad B-23 keciciran mata setelah tumpas malam ini

KUALA LUMPUR– Skuad Bawah 23 tahun (B-23) memulakan perlawanan pertama Kumpulan C Piala Asia B-23 di Stadium Lokomotiv Tashkent Uzbekistan dengan langkah sumbang setelah dibelasah 4-1 oleh Korea Selatan sebentar tadi.

Kelemahan barisan pertahanan di hujung perlawanan membolehkan pihak lawan mengambil kesempatan menambah dua gol dalam tempoh dua minit, menjadikan skuad B-23 pasukan belasahan malam ini.

Anak buah Brad Maloney gagal mengimbangi corak permainan pantas Korea Selatan apabila menyaksikan mereka hanya mampu melakukan dua percubaan tepat berbanding 10 percubaan oleh Korea Selatan.

Lee Sang-min, Kim Tae-hwan, Cho Young-wook mencetak gol untuk Korea Selatan menjadi wira Korea Selatan setelah menjaringkan gol pada minit ke-31 dan minit ke-48

Dua lagi gol disumbangkan Cho Young-wook minit ke-88 dan minit ke-92 manakala gol saguhati Malaysia dijaringkan Mukhairi Ajmal minit ke-83.

Malaysia akan bertemu Thailand pada 5 Jun dan Vietnam pada 8 Jun ini.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.