Cerezo Osaka sah datang Malaysia

PUTARAJAYA-Kejohanan SuperMokh 2019 yang akan berlangsung di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang pada 13 hingga 23 Disember depan bakal disertai kelab utama Jepun.

Memetik Sportflex Malaysia, kelab Liga 1 Bola Sepak Jepun Cerezo Osaka hari ini mengesahkan bakal menghantar pasukan bawah 14 tahun ke kejohanan tersebut.

Presidennya, Hiroaki Morishima berkata, pihaknya menerima pelawaan menyertai kejohanan itu daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Pihak Cerezo Osaka berbesar hati menerima pelawaan yang dinyatakan oleh Syed Saddiq sewaktu berlangsungnya program Asean Dream Project 2019.

“Kami akan menghantar pasukan bawah 14 tahun bagi menyertai kejohanan tersebut,”katanya kepada Sportflex Malaysia ketika ditemui dalam satu pertemuan bersama Syed Saddiq di Putrajaya hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada.

Rentas7.com/ Foto Sportflex Malaysia

Keterangan Foto: Syed Saddiq melayani kunjungan tetamu hari ini.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.