KUCHING-Seorang kanak-kanak cedera digigit ular sawa yang melingkar di dalam mangkuk tandas, semalam. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Petra Jaya bergegas ke Matang Jaya untuk menyelesaikan masalah itu setelah menerima panggilan kecemasan. Ular tersebut berjaya ditangkap. Kanak-kanak tersebut telah dihantar ke hospital. Rentas7.com ...

KUALA KETIL- Surau al-Barakah Kampung Tembak B menerima sumbangan 100 kampit beras zakat daripada NHH Insan Service Station Sdn Bhd, baru-baru ini. AJK Surau Al-Barakah, Elyas Salleh berkata, sumbangan itu akan digunakan bagi membantu penduduk kampung yang memerlukan. "Terima kasih kami ucapkan kepada wakil syarikat, Tuan Hj Hafiz Hj Mansor yang datang menyampaikan sumbangan ini. "Insha ALLAH sumbangan ini akan ...

BALING- Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang Murid Berkeperluan Khas (MBK) untuk bersukan. Melalui program Virtual Run yang dianjurkan Program Pendidikan Kelas Khas Intergrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) 2021, seramai 21 MBK berjaya menamatkan cabaran berjalan 3,000 langkah, baru-baru ini. Penolong Kanan Khas Pendidikan Khas, Siti Rosni Ahmad, berkata, program dianjurkan dalam talian itu bertujuan melahirkan MBK yang sihat dan ...

KULIM-Sebuah keluarga mualaf yang dikurantin di Sungai Seluang menerima bantuan makanan dan zakat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) daerah Kulim, semalam. Pengerusinya, Mohd Hadi Firdaus Ang berkata, pihaknya tampil meringankan bebanan keluarga tersebut yang baru sahaja selesai dikurantin. "Keluarga ini dikurantin selama dua minggu dan alhamdulillah keputusannya negatif. "Semua ahli keluarga dalam keadaan sihat dan dapat melakukan aktiviti harian seperti ...

SIK- Seorang wanita gempar apabila menemui aeekor ulang tedung selar sepanjang 3.35 meter di bawah kabinet dapur rumahnya semalam. Dalam kejadian di Kampung Merbau Kudung itu, penghuni rumah dikenali Ashikin,27, segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik. Pegawai APM Sik, Lt.(PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, Pegawai APM Sik berkata, skuad APM menerima panggilan kecemasan ...

SIK-Seorang lelaki yang sedang mengemas bilik gempar dengan kehadiran seekor ular tedung selar sepanjang 3.65 meter. Kejadian berlaku di sebuah rumah inap desa di Kampung Kemelong semalam. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik, Lt.(PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, lelaki dikenali Saiful,37, yang juga pemilik rumah inap desa berkenaan segera menghubungi pihaknya sebaik terserempak dengan reptilia itu. Menurutnya, APM ...

ALOR SETAR-Masjid dijadikan tempat memohon bantuan ALLAH daripada serangan Siam ketika Kelantan di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang. Mudir Madrasah Madrasah Nurul Hidayah, Mohd Zainon Ariffin (gambar) berkata, pada zaman baginda, rakyat diminta mengamalkan solat jemaah di masjid secara konsisten. Menurutnya, kisah tersebut ada dicatatkan dalam sejarah Melayu. "Ketika itu Siam mahu menyerang Kelantan atas beberapa sebab. Antaranya Siam ...

BALING - Lebih 250 pelajar dalam Parlimen Baling menerima sumbangan peralatan sekolah di Hotel Bayu, baru -baru ini. Sumbangan daripada Pengarah Urusan Grand Teknik Bina Sdn Bhd, Datuk Ir Abdul Manaf Hanafi itu bertujuan meringankan beban para waris daripada keluarga kurang berkemampuan terutama ketika negara sedang dihimpit dengan penularan wabak COVID-19. Melalui sumbangan itu, perbelanjaan waris dapat dijimatkan dan boleh ...

BALING - Dua anak sanggup berkorban masa menjaga bapa mereka meskipun masih lagi bersekolah. Mohd Afiq Aiman Aziz, 16, dan adiknya Siti Munirah Aziz,12, bertanggungjawab menjaga bapa mereka Aziz Awang Ahmad, 53, yang mengalami strok di Kampung Sira Bawah Mukim Pulai. Aziz Awang, berkata, dia mengalami strok sejak tujuh bulan lalu dan tidak mampu menguruskan diri dengan baik. Menurutnya, keadaan ...

BALING- Sebuah keluarga hidup dalam rumah retak, bocor dan reput di Kampung Ulu Legong. Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling (Perkeba), Mohd Nazry Bidin berkata, rumah dihuni tiga beranak itu turut dimasuki air banjir dari bukit setiap kali hujan lebat. "Perkeba bersama pertubuhan bukan kerajaaan (NGO), Sahabat Anak Baling telah meninjau keadaan keluarga ini. "Rumah mereka didapati memerlukan baik ...