KULIM-Hampir 50 buah keluarga terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membasmi COVID-19 dibantu Persatuan Cina Muslim ( MACMA) daerah Kulim. Pengerusinya, Mohamad Hadi Firdaus Ang berkata, MACMA menghulurkan bantuan kepada semua jenis kaum iaitu Melayu, Cina dan India dengan matlamat meringankan beban masyarakat memerlukan. "Walaupun dibezakan dengan warna kulit tetapi darah yang mengalir di dalam tubuh badan kita ...

Mohd Zaid Ab Mokti BALING- Penularan wabak COVID-19 memberi pengajaran bahawa sudah tiba masanya pembelian atas talian (online) perlu digunakan secara menyeluruh termasuk di kawasan pendalaman. Setiausaha Kelab Usahawan Anak Baling (KUAB), Mohd Zaid Ab Mokti berkata, urus niaga online lebih mudah malah menyelematkan banyak nyawa dari terdedah risiko jangkitan virus. "Mungkin boleh dibangunkan sebuah aplikasi seperti Food Panda namun ...

SUNGAI PETANI-Tun Dr Mahathir Mohamad digesa memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak bertindak wajar menangani COVID-19 sewaktu memimpin negara. Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu bertanggungjawab di atas penularan wabak COVID-19 di Malaysia. "Tun Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu dipersalahkan. Ketika penularan awal wabak COVID-19 dari ...

ALOR SETAR- Bilal masjid mengakui sedih melihat masjid lengang tanpa jemaah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masuk hari kedua. Bilal Masjid al Kausar Titi Baru , Ahmad Bukhari Ayub ,30,(gambar kiri) mengakui hatinya sebak melihat saf kosong setiap kali masuk waktu solat. "Sedih memang sedih apabila tak nampak jemaah seperti kebiasaaannya, yang ada hanya kami jawatankuasa masjid. "Apabila Perintah Kawalan Pergerakan ...

SUNGAI PETANI- Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) mempersoal kewibaan Tan Sri Annuar Musa yang dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (kiri gambar) berkata, menteri itu pernah direhatkan daripada tugas ketika bekerja di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) "Beliau pernah direhatkan daripada tugasnya iaitu Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 2017. "Mengapa ia direhatkan? Saya berpandangan ada ...

ALOR SETAR- Selain sebagai senjata yang digunakan orang Melayu terdahulu, keris juga merupakan “kad pengenalan” kepada pemiliknya. Pengarah Urusan Galeri Warisan Kemelayuan, Muhamad Fazwan Mohd Hanafi berkata, identiti daerah pemakai keris dapat dikenal pasti melalui pelayar senjata itu. Menurutnya, pelayar atau dikenali sebagai sampan mahupun sampin berbeza mengikut tempat. “Contohnya keris tanjung, ia masyhur di Patani Darussalam, Kemboja, kerajaan Seganting ...

SUNGAI PETANI- Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) mahu penubuhan parti DAP diharamkan di negara ini. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (gambar), berkata, DAP ternyata pengkhianat kepada negara dan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kerana masih berusaha mencabar pelantikan Perdana Menteri kelapan. "Mereka sangat biadap dengan keputusan YDPA, apa DAP mahu sebenarnya? “PAMM menuntut kerajaan baru mengharamkan DAP termasuk mengambil tindakan tegas ...

KULIM-Dua buah keluarga murid sekolah yang hidup dalam kemiskinan di sini dibantu kelab motosikal berkuasa tinggi Kedah DG Bikers, semalam. Dua orang murid berkenaan bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Paya Besar di sini. Guru Besar SK Jalan Paya Besar, Shuib Zakaria berkata, mereka dibantu melalui Program Ziarah Cakna yang membabitkan Kedah DG Bikers dengan kerjasama warga sekolah dan Penglibatan ...

KULIM- Kekurangan rumput napier di pasaran memberikan ilham kepada seoarang anak muda untuk mengusaha dan menjual makanan ternakan tersebut. Kini, Shahemi Mohd Radzi,31, sudah boleh tersenyum lebar apabila usaha keras dan gigih sejak dua tahun lalu memberikan pendapatan lumayan. Dibantu beberapa pekerja, mereka memanfaatkan sepenuhnya tanah terbiar berkeluasan 7.1 hektar di Kampung Bikan membolehkan keuntungan kasar diraih mencecah sekitar RM10,000 ...

BALING –Keindahan di puncak Bukit AA di Kampung Charok Bakong di sini memukau siapa sahaja yang menawan puncaknya. Di sebalik keindahan pemandangan dari atas puncak, bukit ini melambangkan kisah cinta seorang anak kepada kedua ibu-bapanya yang telah meninggal dunia. Pemilik dusun durian, Mohd Zaid Ab Mokti, 31, berkata, gelaran AA diambil sempena nama ibu-bapanya iaitu Abd Mokti dan Asiah. Menurutnya, ...