PENGKALAN HULU- Suami kepada anggota polis yang bertugas di Balai Polis Pengkalan Hulu di sini disahkan positif COVID-19. Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, lelaki berkenaan berusia 36 tahun dari Taman Orkid Kuala Ketil. Menurutnya, anggota polis berpangkat konstabel itu disahkan sedang hamil lapan bulan. "Suami anggota polis berkenaan itu telah hadir ke ujian saringan awal ...

KUPANG-Imam Masjid Ehsaniah Pekan Kupang hari ini membaca doa Qunut Nazilah dalam solat Jumaat bagi memohon bantuan ALLAH daripada wabak COVID-19. Doa itu diaminkan oleh ratusan jemaah yang hadir menunaikan kewajipan mingguan itu. Suasana pilu dirasai tatkala imam membaca bait-bait doa. Sebelum itu, khatib dalam khutbah Jumaat menggalakkan jemaah memperbanyakkan sedekah sebagai salah satu usaha mengelakkan wabak. Kluster Tawar yang ...

BALING- Tiada arahan rasmi penutupan kedai dalam daerah Baling setakat ini. Setiausaha Kelab Usahawan daerah Baling, Mohd Zaid Ab Mokti berkata, hasil maklumat Pejabat Kesihatan daerah Baling, pandemik COVID-19 dalam daerah ini terkawal. "Isu penutupan kedai telah dibangkitkan dan jawapan yang kita terima tiada satu kedai pun diarah tutup buat masa ini,"katanya kepada Rentas7.com hari ini Bagi kes di Kampung ...

ALOR SETAR-Pendapatan pembekal buah-buahan di negeri terjejas ekoran ketiadaan stok pelam, limau dan salak di Kemboja dan Thailand. Pembekal dikenali Shafie, 40 an dari Pekan Kuala Ketil berkata, ini kerana, bulan Julai dan Ogos bukanlah musim buah-buahan di dua negara berkenaan. Katanya, keadaan itu menyebabkan peniaga yang bergantung dengan pendapatan menjual buah-buahan terpaksa menutup sementara perniagaan. "Kami menjual buah-buahan seperti ...

KUALA KETIL-Sembilan orang daripada satu keluarga India di Tawar disahkan positif COVID-19. Kluster pertama dikenali Kluster Tawar itu tercetus selepas salah seorang ahli keluarga terbabit menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, upacara itu telah berlangsung dari 31 Julai 2020 hingga 1 Ogos 2020 dan dihadiri kira-kira 30 orang. "Sembilan daripada ...

BALING-Seluruh masjid dalam daerah Baling diarahkan memperketatkan kawalan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung pandemik COVID-19. Imam Masjid Al Syakirin Bukit Hijau, Ilyas Md Nor berkata, arahan daripada pihak berwajib itu berkuatkuasa hari ini. "Seluruh masjid dalam Baling diarahkan ikut SOP yang ditetapkan kerajaan. "Setiap jemaah yang hadir untuk solat fardu dan solat Jumaat diwajibkan untuk menyukat suhu, pakai ...

BALING- Sebuah kedai runcit di Kampung Pisang di sini ditutup selepas dikunjungi seorang lelaki dipercayai positif COVID-19. Menurut sumber, kedai berkenaan dikunjungi lelaki India yang menghantar bekalan keropok. "Lelaki India itu dikatakan datang ke kedai itu dalam keadaan demam sebelum disahkan positif COVID-19. "Kedai berkenaan telah diarah tutup selama 14 hari bermula hari ini,"katanya hari ini. Artikel berkaitan: http://rentas7.com/tiada-keputusan-rasmi-tutup-kedai-di-baling/ Difahamkan ...

SUNGAI PETANI-Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) berharap Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan terutamanya melibatkan isu peribadi. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, kenyataan Asri Janggut mengaitkan majoriti polis tidak solat bukan sahaja menguriskan hati anggota tetapi keluarga mereka. "Kenyataannya yang pukul rata membuka ruang kepada pihak yang tidak menyukai pasukan keselamatan untuk mencari salah anggota. ...

KUALA LUMPUR-Mohd Asri Hamid,42, atau Asri Janggut kesal dengan kenyataan kontroversinya terhadap polis apabila menyebut anggota pasukan itu malas solat. Tampil dalam satu rakaman video, Asri janggut memohon maaf kepada semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM). “Saya Mohd Asri Bin Hamid dengan ini, dengan sepenuh hati, dengan rendah diri, dengan sehina-hinanya memohon maaf kepada seluruh ...

BALING-Penantian hampir setahun untuk memiliki MyKad oleh seorang pelajar Tingkatan 1 akhirnya terlerai. Nur Asyikin Abdul Rahman,13, dari Kampung Lubok Kabu akhirnya menerima Mykad dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Nur Asyikin berkata, MyKad itu akan memudahkannya menjalani rutin harian seperti rakyat Malaysia yang lain. "Alhamdulillah rasa amat lega dapat Mykad, sebelum ini hampir setahun saya hidup tanpa Mykad. "Dengan MyKad ...